fbpx

Pelanggan Astro boleh naik taraf ke Ultra Box 4K secara percuma

Astro hari ini melancarkan set-top-box (STB) baru mereka, Ultra Box yang menyokong paparan pada resolusi lebih tinggi 4K. Selain itu, Ultra Box juga datang dengan pelbagai fungsi baru yang menarik.

Antara fungsi baru yang terdapat pada Ultra Box adalah seperti antaramuka baru dengan carian lebih mudah, membolehkan carian bukan sahaja dari tajuk kandungan, malah nama pelakon, pengarah dan pelbagai lagi.

Fungsi Start From Play pula membolehkan pengguna menonton rancangan dari mula, walaupun ia telah bersiaran di tengah jalan. Sambungkan Ultra Box ke internet dan pengguna boleh menonton pelbagai Video-On-Demand (VOD) bila-bila masa.

Ultra Box juga kali ini datang dengan fungsi rakaman di awan. Tidak perlu lagi storan di PVR untuk menyimpan rancangan yang mahu ditonton kemudian. Pengguna Ultra Box akan menerima 200 jam penyimpanan di storan awan percuma dan boleh ditambah sehingga 1,500 jam dengan bayaran tambahan RM15. Malah, rakaman di storan awan ini juga boleh dibuat dan ditonton di aplikasi Astro GO.

Untuk menikmati tontonan 4K sebenar, pengguna juga memerlukan TV yang menyokong paparan 4K. Kandungan 4K yang boleh ditonton adalah seperti Liga Perdana Inggeris, La Liga, UEFA 2020, Formula 1 dan beberapa kandungan lain.

Untuk pelanggan Astro sedia ada, anda boleh menaik taraf STB lama ke Ultra Box secara percuma jika bil bulanan Astro anda melebihi RM100. Jika bil tidak sampai RM100, anda perlu membayar RM199 untuk bertukar ke Ultra Box. Pelanggan juga akan dikontrak semula untuk 24 bulan. Jika tidak mahu kontrak, ia boleh dinaiktaraf dengan membayar RM499.

Pelanggan baru pula perlu membayar jika mahu mendapatkan Ultra Box. Bayaran RM99 dikenakan untuk bil bulanan RM100 dan ke atas dan RM199 dikenakan untuk bil di bawah RM100.

BACA  Aplikasi penjejak bas Rapid KL akan sedia digunakan awal tahun depan

Astro juga memberikan Ultra Box percuma untuk pelanggan yang mendaftar pelan internet Astro & Broadband 100Mbps bersama pek Superpack atau Superpack Plus.

Maklumat lanjut berkenaan Astro Ultra Box boleh didapati di sini. Manakala tawaran Astro dan Broadband pula boleh dilayari di sini.