• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink sediakan hadiah untuk dimenangi setiap hari

  • OLEH Najib
  • 3:34 pm
  • 02/12/2019
  • Komen
Hotlink sediakan hadiah untuk dimenangi setiap hari
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Julai lepas, Hotlink menyediakan telefon pintar sebagai hadiah setiap hari dalam kempen “Free Phones Every Day“. Kini Hotlink ingin mengulangi kempen ini sempena ulang tahun pertama Hotlink Rewards dengan menawarkan lebih banyak hadiah untuk dimenangi setiap hari menerusi kempen baru “Free Prizes Every Day“.

Dari sekarang hingga 31 Disember 2019, pelanggan Hotlink berpeluang membawa pulang hadiah berupa telefon pintar Oppo, kamera GoPro Hero 7, konsol permainan Sony PlayStation 4 Pro, penggoreng udara Pensonic dan e-baucer Shopee bernilai RM500, dengan mendaftar masuk aplikasi, mengutip mata ganjaran dan menebus tiket cabutan berhadiah untuk hadiah yang diingini.



Langkah-langkah untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi Hotlink RED daripada Apple Store atau Google Play Store, dan log masuk ke aplikasi tersebut.
  2. Buka aplikasi tersebut setiap hari dan menebus mata ganjaran Hotlink Rewards di laman Rewards. Untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran, pelanggan boleh membeli Pas Internet bulanan terpilih daripada laman Internet dalam aplikasi.
  3. Selepas menuntut mata ganjaran percuma, cari promosi ‘Free Prizes Every Day’ atau ‘Hot Deals’. Tebus tawaran ‘Free Prizes Every Day’ pilihan anda dengan mata ganjaran Hotlink Rewards.
  4. Oleh kerana Hotlink memberi hadiah setiap hari sepanjang tempoh kempen, sila log masuk ke aplikasi setiap hari untuk menebus peluang anda!

Navis Manian, Ketua Pengurusan Pelanggan Maxis, berkata, “Aplikasi Hotlink RED merupakan platform yang menarik untuk pelanggan kami, terutamanya dari segi ganjaran. Hotlink Rewards terbukti menarik perhatian apabila kami menerima sambutan hangat pada bulan Julai lepas dengan tawaran ‘Free Phones Every Day’. Kami ingin mengulangi kejayaan ini, lebih-lebih lagi bagi menyambut musim perayaan akhir tahun. Pelanggan Hotlink memang mudah untuk menikmati ganjaran. Dengan kempen istimewa dan tawaran eksklusif setiap hari, anda tidak perlu menunggu musim jualan untuk membelanja diri.”



Selain kempen “Free Prizes Every Day”, Hotlink Rewards turut menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti makanan dan minuman, diskaun hotel dan pelancongan, baucer membeli-belah dan banyak lagi. Maklumat lanjut tentang kempen ini boleh didapati di laman Hotlink Free Prizes Every Day.

Tags: hotlink
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Hotlink sediakan hadiah untuk dimenangi setiap hari

Hotlink sediakan hadiah untuk dimenangi setiap hari

2 December 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN