• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Stor Flagship Oppo dibuka bersama ketibaan Reno 10x Zoom yang lebih berkuasa

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 03/12/2019
  • Komen
Stor Flagship Oppo dibuka bersama ketibaan Reno 10x Zoom yang lebih berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Pembukaan Stor Flagship Oppo di The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas menyaksikan juga ketibaan rasmi telefon pintar Oppo Reno 10x Zoom 12GB RAM ke Malaysia. Ia merupakan naik taraf kepada model yang sama tetapi memiliki RAM 8GB sahaja sebelum ini.

Naik taraf RAM pada telefon ini tidak pula menaikkan harganya. Oppo Reno 10x Zoom 12GB dijual di Malaysia pada harga yang sama dengan RAM 8GB semasa dilancarkan, iaitu RM3,399. Bagi model RAM 8GB pula, ia kini dijual pada harga RM2,999.



Jualan eksklusif Oppo Reno 10x Zoom 12GB telah dibuat di Stor Flagship Oppo pada hari Sabtu lepas. Ia akan mula dijual di lain-lain tempat seperti Stor Konsep Oppo, pengedar sah Oppo, Stor Online Oppo serta rakan telco seperti Celcom, Digi dan Maxis bermula 7 Disember 2019.

Khas untuk tempahan awal yang dibuat dari 1 hingga 6 Disember 2019, pembeli akan meberima hadiah percuma berupa pencetak Fujifilm Instax bernilai RM548. Tempahan awal ini boleh diambil dari 7 Disember 2019.



Oppo Reno 10x Zoom baru ini memiliki RAM lebih besar, 12GB berbanding 8GB pada model sebelumnya. Selain dari RAM, ia masih mengekalkan perkakas yang sama seperti pemproses Snadpragon 855, storan dalaman 256GB, kamera utama 48MP serta kamera hadapan 16MP di dalam modul pop-up berbentuk sirip jerung.

Ia memiliki skrin AMOLED penuh tanpa takuk sebesar 6.65-inci. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,065mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 20W melalui port USB-C.

Terdapat tiga kamera belakang iaitu kamera utama 48MP F1.7, kamera telefoto periskop 13MP F3.0 dan kamera ultra lebar 8MP F2.2. Dengan kamera periskop, ia membolehkan Reno 10x Zoom memiliki zum lossless sehingga 10x dan zum digital sehingga 60x. Kamera hadapannya pula 16MP F2.0 di dalam modul pop-up yang boleh disembunyikan berbentuk sirip jerung.

Tags: oppoOppo Reno 10x ZoomOppo Reno 10x Zoom 12GB
Najib

Najib

POPULAR

Stor Flagship Oppo dibuka bersama ketibaan Reno 10x Zoom yang lebih berkuasa

Stor Flagship Oppo dibuka bersama ketibaan Reno 10x Zoom yang lebih berkuasa

3 December 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER