fbpx

Hotlink Flex Plus Fibre gabung internet jalurlebar tetap dan internet mudahalih yang murah

Hotlink kini menawarkan satu pelan gabungan Hotlink Flex Plus Fibre. Ia menggabungkan dua pelan ke dalam satu pakej, iaitu internet jalurlebar tetap tanpa had kuota bersama internet mudah alih dengan kuota 20GB/bulan, serta panggilan dan SMS tanpa had. Semua ini berharga RM99 sahaja.

Internet jalurlebar tetap ini memiliki kelajuan 30Mbps manakala internet mudahalih, kuotanya dipecahkan kepada dua iaitu 10GB internet sepanjang hari dan 10GB kuota khas YouTube. Ia tidak ditawarkan dengan kelajuan jalurlebar tetap lebih tinggi atau pelan mudahalih lain.

Pelanggan pelan ini boleh merujuk kuota penggunaan melalui aplikasi My Maxis App, bukan Hotlink Red. Jika kuota internet mudahalih tidak mencukupi, ia boleh ditambah menerusi pas RM3 1GB/hari, pas RM5 3GB/2hari dan pas RM10 2GB/14hari.

Selain itu, pelanggan juga boleh menambah unlimited bundles dalam bentuk:

  • Unlimited Social 30 Hari @ RM10 (Facebook, Instagram, Snapchat, Twitter and Pinterest)
  • Unlimited Music 30 Hari @ RM10 (Spotify, JOOX, Saavn, KK Box and Smule)
  • Unlimited Chat 30 Hari @ RM5 (WhatsApp, WeChat, LINE, QQ and IMO)

Seperti biasa, kontrak selama 24-bulan akan dikenakan untuk pelan ini tetapi ia datang bersama router wayarles dan pemasangan jalurlebar tetap percuma. Memandangkan ia pelan gabungan, pembatalan kontrak akan mematikan kedua-dua perkhidmatan.

Hotlink Flex Plus Fibre boleh dilanggan jika rumah anda termasuk dalam liputan Maxis Fibre. Ini juga bermakna, ia boleh dilanggan jika terdapat di dalam liputan Unifi.

MaxisONE Prime

Pelan gabungan Hotlink Flex Plus Fibre ini jauh lebih murah dari tawaran MaxisONE Prime. Paling murah, MaxisONE Prime boleh dilanggan pada harga RM89 (30Mbps) + RM98 (MaxisOne 98) berjumlah RM187. Tetapi MaxisONE Prime memberikan internet jalurlebar tetap dan mudahalih tanp had, serta talian sandaran mudahalih tanpa had jika terdapat masalah di jalurlebar tetap. Selain itu, pengguna juga boleh menambah talian tambahan tanpa had kuota hanya RM48/bulan untuk setiap talian.

BACA  Suunto 7: Jam Tangan Android Wear Pertama Suunto Dan Berharga Kurang RM2,000

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan ini serta mendaftar, boleh layari laman web Hotlink Flex Plus Fibre. Semak terma dan syarat pelan ini di sini.

Tawaran terbaru Hotlink ini dilihat cuba menyaingi Nex.life yang turut menyediakan jalurlebar tetap tanpa had 30Mbps bersama internet mudahalih 4G tanpa had, berharga RM100/bulan. Tetapi pelan Nex.life tiada panggilan dan SMS tanpa had serta tiada router percuma. Bagusnya, kontrak Nex.life hanya selama 12-bulan.

Semakin banyak pilihan untuk pengguna memilih pelan internet yang bersesuaian dengan bajet mereka. Malah ia disertakan kuota tanpa had dengan harga lebih murah. Mungkin akan muncul lagi pelan gabungan yang murah seperti ini dari syarikat telekomunikasi lain tidak lama lagi.