• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan sedang menguji sistem e-Tunai Rakyat, adakah ini eWallet baru?

  • OLEH Najib
  • 7:53 pm
  • 05/12/2019
  • Komen
Kerajaan sedang menguji sistem e-Tunai Rakyat, adakah ini eWallet baru?
Share on FacebookShare on Twitter

Pada pembentangan Belanjawan 2020 pada bulan Oktober lepas, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan kerajaan akan memberikan RM30 secara one-off masuk ke dalam e-wallet rakyat bermula 1 Januari 2020. Ia sebagai galakan kepada rakyat untuk menggunakan eWallet dalam transaksi harian.

Hari ini, Menteri Kewangan menjawab di parlimen bahawa kerajaan sedang giat menguji dan memperhalusi sistem dan perisian e-Tunai Rakyat, yang akan digunakan untuk pemberian RM30 ke dalam eWallet 15 juta rakyat Malaysia bulan depan.



Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mahu mengetahui apakah status pelaksanaan pemberian RM30 kepada rakyat Malaysia yang layak melalui perkhidmatan e-dompet bermula 1 Januari depan dan menyatakan syarikat serta penyedia khidmat eWallet manakah yang terpilih untuk melaksanakan pemberian itu.

Guan Eng menambah, kerajaan menawarkan secara one-off rangsangan digital bernilai RM30 kepada 15 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, dengan pendapatan kurang RM100,000 untuk dibelanjakan pada Januari dan Februari depan. Penerima hanya perlu memastikan akaun eWallet disahkan menerusi penyelia perkhidmatan terpilih.



Beberapa eWallet di Malaysia

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM450 juta untuk tujuan itu dan jika dituntut sepenuhnya dalam tempoh Januari dan Februari ini, Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan. Sambutan baik juga akan membolehkan inisiatif ini diulang dengan mensasarkan lebih ramai pengguna, pedagang dan pengendali e-wallet, katanya lagi pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Jawapan Guan Eng ini bagaimanapun masih belum menjelaskan penyedia eWallet manakah yang akan terlibat dalam pemberian ini. Ia dilihat menambah kekeliruan kerana adakah sistem e-Tunai Rakyat ini satu lagi eWallet baru yang dibangunkan kerajaan, atau platform yang akan menyalurkan peruntukan ini kepada penyedia eWallet sedia ada. Tiada maklumat lanjut boleh didapati berkenaan sistem e-Tunai Rakyat buat masa ini.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan telah mengambil inisiatif melaksanakan kaedah pembayaran eWallet (Boost) bagi perkhidmatan perubatan di klinik kesihatan kerajaan. Penggunaan eWallet ini telah dimulakan di empat klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Cheras, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya dan Klinik Kesihatan Seremban sejak September lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukefly Ahmad

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukefly Ahmad berkata, “Platform bayaran tanpa tunai ini bukan sahaja akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pesakit, tetapi dapat mengurangkan masa menunggu, iaitu masalah utama sentiasa dihadapi rakyat di Klinik Keraaan. Kita sedang dalam perancangan walaupun ambil sedikit waktu, dalam setahun dua ini, kita nak kembangkan dan laksana di seluruh negara selama mana fasiliti kita mempunyai talian internet dan pesakit masih menggunakan telefon bimbit.”

Sumber: Berita Harian

Tags: Boostetunai rakyateWalletGrabkementerian kesihatanKementerian KewanganTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Kerajaan sedang menguji sistem e-Tunai Rakyat, adakah ini eWallet baru?

Kerajaan sedang menguji sistem e-Tunai Rakyat, adakah ini eWallet baru?

5 December 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER