• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Edisi Terhad Honor 9X x Stoned & Co akan tampil tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 7:13 pm
  • 09/12/2019
  • Komen
Edisi Terhad Honor 9X x Stoned & Co akan tampil tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menyuntik semangat muda remaja dalam jenama mereka, Honor telah bekerjasama dengan pelbagai jenama seperti Moschino dan AAPE di peringkat antarabangsa serta TNTCO dan SPAO di pentas Malaysia. Dalam pelancaran Honor 9X sebelum ini, mereka telah mengumumkan kerjasama dengan Stoned & Co dan produk kerjasama ini akan mula dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Edisi terhad Honor 9X x Stoned & Co akan ditawarkan di Malaysia dalam unit sangat terhad di Stor Honor Experience terpilih. Ia menampilkan kotak eksklusif dengan rekaan daun di luar dan datang bersama casing edisi terhad Honor 9X x Stoned & Co.



Jenama Stoned & Co menampilkan logo daun Mapel Jepun yang ikonik. Mereka telah lahir sejak 2014 dari pasukan yang mahu mencipta jenama dengan mesej yang jelas menerusi rekaan minimal.

Daun Mapel Jepun

Honor 9X telah dilancarkan di Malaysia bulan lepas, datang dengan kuasa pemproses Kirin 710F, bersama RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia dijual di Malaysia pada harga RM999.



Skrin Honor 9X dari jenis LCD berukuran 6.59-inci dengan resolusi HD Penuh. Skrin ini tiada takuk dan lubang kerana ia menggunakan modul pop-up untuk menyembunyikan kamera depan.

Kamera hadapannya 16MP dan di belakang pula terdapat tiga kamera iaitu kamera utama 48MP, kamera super lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Bateri di dalam Honor 9X berkapasiti 4,000mAh dan ia menggunakan port USB-C untuk mengecas.

Tags: honorHonor 9XStoned & Co
Najib

Najib

POPULAR

Edisi Terhad Honor 9X x Stoned & Co akan tampil tidak lama lagi

Edisi Terhad Honor 9X x Stoned & Co akan tampil tidak lama lagi

9 December 2019
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN