• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Trend dunia menunjukkan warga emas sumber utama penyebaran berita palsu

  • OLEH Najib
  • 6:46 pm
  • 09/12/2019
  • Komen
Trend dunia menunjukkan warga emas sumber utama penyebaran berita palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan internet, berita makin mudah diterima di mana jua kita berada. Tetapi ia juga adalah serampang dua mata di mana berita yang diterima tidak semestinya tepat, lebih parah lagi ia adalah berita palsu dan diterima bulat-bulat sebagai berita yang benar. Tetapi ia menjadi lebih merbahaya apabila disebarkan kepada orang lain atas alasan, sharing is caring. Berkongsi itu bermakna mengambil berat.

Thailand telah mengambil langkah pro-aktif untuk mencegah penyebaran berita palsu dengan membangunkan Pusat Anti Berita Palsu pada awal bulan November lepas. Sejak itu, ia telah mengesan lebih 500,000 jenis berita palsu yang disebarkan di media sosial. Pesalah terbesarnya, adalah warga tua.



Menteri Ekonomi dan Sosial Digital Thailand, Buddhipongse Punnakanta berkata, Pusat Anti Berita Palsu Thailand ditubuhkan untuk mempercepatkan pengesanan berita palsu serta melihat sebarang penyalahgunaan media sosial bertujuan menipu orang ramai.

Buddhipongse menambah, mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas didapati menjadi sumber utama penyebaran berita tidak tepat dalam talian. Mereka ini menyebarkan berita palsu kerana risaukan perkara buruk yang mungkin menimpa orang yang mereka sayangi.



Perkara ini dilihat telah menjadi trend di seluruh dunia di mana dalam laporan awal tahun ini oleh University Princeton, warga tua di Amerika Syarikat lebih cenderung berkongsi berita palsu di Facebook, tidak kira latarbelakang mereka sama ada tahap pelajaran, jantina, bangsa serta pendapatan. Analisa ini juga menemui, semakin lanjut usia seseorang semakin mudah untuk meneka kelakuan mereka termasuk kecenderungan politik.

Bagaimanapun analisa ini tidak merumuskan mengapa warga emas lebih suka berkongsi berita palsu. Tetapi mereka membentangkan dua teori. Pertama, orang tua mengenali internet lebih lambat jadi mereka kurang celik kemahiran digital berbanding orang muda. Kedua, manusia mengalami kemerosotan kognitif ketika usia meningkat, menjadikan mereka lebih mudah untuk ditipu.

Di Malaysia, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau sedang berusaha untuk membentuk sistem penyemak fakta bersama portal berita bagi mengesahkan kesahihan sumber berita sebagai usaha untuk membendung penyebaran berita palsu. Menurut beliau, ia bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan, tetapi kepada semua pihak termasuk media sosial.

Facebook yang sering disalahkan sebagai platform penyebaran berita palsu, telah membentuk pasukan penyemak fakta bersama portal berita terkemuka. Di Malaysia, Facebook telah bekerjasama dengan Agence France-Presse (AFP) bagi menyemak ketepatan berita di Facebook, termasuk gambar dan video. AFP menyemak berita dalam Bahasa Inggeris dan Melayu menurut standard yang telah ditetapkan.

Berita yang telah disahkan faktanya akan berada di tahap lebih tinggi di dalam News Feed manakala berita yang telah didapati palsu, akan disenaraikan bersama berita yang tepat di bawahnya dan ia akan diberi keutamaan terendah di dalam News Feed.

Adakah anda termasuk dalam penyebar berita tanpa menyemak kesahihan kerana sharing is caring, atau meluangkan masa untuk menyemak sendiri berita sebelum disebarkan kerana fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh? Nasihati juga orang tua di sekeliling anda untuk lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang berita.

Sumber: The Asean Post, Malay Mail

Tags: Berita PalsuFacebook
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Trend dunia menunjukkan warga emas sumber utama penyebaran berita palsu

Trend dunia menunjukkan warga emas sumber utama penyebaran berita palsu

9 Disember 2019
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER