fbpx

MYTV Naik Taraf Sistem, Anda Mungkin Perlu Lakukan Penalaan Semula

[Kemaskini 10 Disember 2019]

SKMM menangguhkan proses naik taraf ini pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

==========

Proses perpindahan daripada analog ke digital (ASO) sudahpun disempurnakan diseluruh negara bulan lepas. Kini, sistem penyiaran TV terestial negara adalah digital sepenuhnya. Dalam laman rasmi SKMM, mereka ada mengumumkan tentang naik taraf beberapa pemancar secara berperingkat bermula 10 Disember 2019.

Naik taraf akan menyebabkan perubahan frekuensi pemancar buat beberapa lokasi yang terlibat. Aktiviti itu akan berlaku antara jam 1:30 pagi hingga 6:00 pagi. Berikut adalah jadual selenggara tersebut.

Sekiranya antenna TV anda dihalakan ke salah satu pemancar ini, anda perlu lakukan penalaan semula ke frekuensi baru selepas naik taraf selesai. Anda boleh rujuk artikel di bawah untuk tutorial tersebut.

BACA  Suunto 7: Jam Tangan Android Wear Pertama Suunto Dan Berharga Kurang RM2,000