• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco Allo

Kerjasama Maxis dan Allo menjadikan Maxis penyedia jalur lebar tetap terluas di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:04 pm
  • 12/12/2019
  • Komen
Kerjasama Maxis dan Allo menjadikan Maxis penyedia jalur lebar tetap terluas di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis dan Allo Technology Sdn Bhd (Allo) hari ini menandatangani Perjanjian Akses yang memberikan Maxis akses kepada rangkaian jalur lebar tetap milik Allo. Allo kini menyediakan sambungan jalur lebar di Jasin, Cyberjaya dan Bangsar South dan akan meluaskan lagi capaian mereka ke lebih banyak tempat.

Allo merupakan anak syarikat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang telah memperlihatkan demonstrasi jalur lebar tetap menggunakan rangkaian gentian optik TNB awal tahun ini. Perjanjian akses ini adalah yang pertama diadakan oleh Allo bagi menyokong hasrat kerajaan untuk meluaskan capaian internet ke seluruh negara melalui Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).



Majlis tandatangan perjanjian akses ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) Maxis, Gokhan Ogut manakala Allo diwakili oleh CEO-nya, Rodzi Ahmad. Turut sama menyaksikan majlis tandatangan ini ialah Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad; Pengerusi TNB, Tan Sri Datuk Amar Dr. Leo Moggie; dan CEO TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Perjanjian akses sebegini adalah yang keempat buat Maxis selepas mereka menandatangani kerjasama akses bersama Telekom Malaysia (TM), SACOFA di Sarawak dan Celcom Timur di Sabah. Menurut Maxis, ini menjadikan mereka sebagai penyedia jalur lebar tetap dengan akses paling meluas di Malaysia, menembusi sehingga 3.7 juta premis.



Menurut Allo, mereka akan meluaskan capaian jalur lebar tetap ke lebih banyak lokasi di Malaysia Barat, meliputi lebih dari 135,000 rumah. Buat masa ini, masih belum ada perancangan untuk membuka rangkaian jalur lebar tetap mereka di Malaysia Timur.

Tags: AlloHSBBmaxisNFCPTNB
Najib

Najib

POPULAR

Kerjasama Maxis dan Allo menjadikan Maxis penyedia jalur lebar tetap terluas di Malaysia

Kerjasama Maxis dan Allo menjadikan Maxis penyedia jalur lebar tetap terluas di Malaysia

12 December 2019
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER