• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo bagi 2GB data & 60 minit percuma sempena kejayaan atlet sukan SEA Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:48 am
  • 12/12/2019
  • Komen
Yoodo bagi 2GB data & 60 minit percuma sempena kejayaan atlet sukan SEA Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sukan SEA ke-30 yang diadakan di Filipina telah melabuhkan tirainya semalam. Malaysia telah menghantar kontinjen paling ramai dalam sejarah, sebanyak 772 atlet tetapi hanya berjaya membawa pulang 56 pingat emas berbanding 70 pingat yang disasarkan pada awalnya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan semangat kesukanan yang dipertontonkan oleh atlet Malaysia. Seperti yang dilakukan Yoodo di mana mereka memberi sokongan menerusi kempen Go Malaysia Gold. Kempen ini menggalakkan pengguna memberi sokongan kepada atlet di media sosial menggunakan tagar #GoMalaysiaGold, yang turut menawarkan hadiah kepada pengguna.



Hari ini, Yoodo mengucapkan tahniah kepada atlet Malaysia yang memenangi 56 pingat emas dan mengumumkan hadiah buat semua pengguna Yoodo. Untuk kitaran akan datang, semua pengguna Yoodo akan menerima 2GB data dan 60 minit panggilan secara percuma.

FREE 2GB & 60 Voice Minutes for ALL YOODO USERS! You have our athletes to thank for making us proud to be Malaysian! Thank you heroes and thank you loyal supporters for all your love through #GoMalaysiaGold
Info: https://t.co/tyw2qTTnDQ pic.twitter.com/trkTLUMnoY

— Yoodo (@yoodoMY) December 11, 2019

Pengguna Yoodo tidak perlu berbuat apa, hanya pastikan talian aktif pada kitaran akan datang dan mereka akan menerima 2GB data dan 60 minit panggilan secara percuma. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari laman web Yoodo Go Malaysia Gold.



Yoodo sering membuat promosi yang sangat menarik buat pengguna yang perlukan banyak data pada harga yang murah. Promosi terkini yang akan berakhir pada 31 Disember 2019 memberikan pengguna 20GB data percuma jika melanggan data asas sekurang-kurangnya 10GB.

Kad sim Yoodo boleh diterima secara percuma dan ia datang bersama kredit RM20 juga percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

Tags: Sukan SEAyoodo
Najib

Najib

POPULAR

Yoodo bagi 2GB data & 60 minit percuma sempena kejayaan atlet sukan SEA Malaysia

Yoodo bagi 2GB data & 60 minit percuma sempena kejayaan atlet sukan SEA Malaysia

12 December 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN