• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung lancar Galaxy A51 dan Galaxy A71 dengan lebih banyak kamera belakang

  • OLEH Najib
  • 4:34 pm
  • 13/12/2019
  • Komen
Samsung lancar Galaxy A51 dan Galaxy A71 dengan lebih banyak kamera belakang
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan model baru untuk siri Galaxy A mereka, iaitu Galaxy A51 dan Galaxy A71. Ia telah dilancarkan di Vietnam dan akan mewarnai pasaran telefon pintar antarabangsa bermula tahun depan.

Samsung Galaxy A51

Pengganti kepada Galaxy A50s ini dikenali sebagai Galaxy A51. Ia kini memiliki skrin lebih besar berukuran 6.5-inci dengan lubang di atas yang memuatkan kamera depan. Skrin ini masih dari jenis Super AMOLED dengan resolusi HD penuh. Pengimbas capjari turut terdapat dapat skrin ini.



Kuasa pemprosesnya tidak dikatakan secara rasmi, tetapi laman Sammobile memaklumkan ia menggunakan pemproses Exynos 9611 yang sama dengan Galaxy A50s. RAM di dalamnya boleh dipasang sehingga 8GB dan storan pula sehingga 128GB. Slot kad mikroSD tersedia untuk meluaskan lagi ruang storan.

Badan belakangnya dilihat mengekalkan kemasan prisma yang sama dengan Galaxy A50s. Tetapi ruang kamera kini lebih besar kerana ia memiliki 4 kamera belakang yang disusun dalam bentuk L. 4 kamera tersebut ialah kamera utama 48MP F2.0, kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera makro 5MP dan kamera potret 5MP. Kamera hadapan yang terletak di dalam lubang di atas skrin pula 32MP F2.2.



Bateri sebesar 4,000mAh terdapat di dalamnya dan ia menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C. Terdapat tiga warna disediakan iaitu Hitam, Biru, Putih dan Merah Jambu. Di Vietnam, ia dikatakan akan dijual pada harga VND7,990,000 (~RM 1,437), kelihatan jauh lebih mahal berbanding Galaxy A50s yang dijual di Malaysia pada harga RM1,299 sahaja.

Samsung Galaxy A71

Telefon ini memiliki skrin lebih besar, berukuran 6.7-inci dari jenis Super AMOLED HD Penuh. Ia juga memiliki lubang di atas skrin, memuatkan kamera depan 32MP.

Kuasa pemprosesnya belum dapat disahkan lagi tetapi disenaraikan sebagai pemproses dua teras 2.2GHz dan empat teras 1.8GHz. Dari nilai ini, ia kelihatan seperti kuasa pemproses Snapdragon 730. Ia dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB.

Badan belakangnya sama menggunakan kemasan prisma dan ia juga turut memiliki 4 kamera belakang tetapi sedikit berbeza. Kamera belakang ini ialah kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera potret 5MP F2.2 dan kamera makro 5MP F2.4.

Baterinya juga lebih besar, berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Ia datang dengan 4 pilihan warna iaiitu Hitam, Biru, Perak dan Merah Jambu.

Kelihatan seperti tidak banyak perubahan pada model terbaru Galaxy A ini melainkan kamera belakang yang ditambah menjadi 4. Rekaan kamera belakang berbentuk L ini pun tidak lagi unik kerana ia telah pun digunakan pada Honor V30 serta Vivo V17.

Sumber: Sammobile

Tags: samsungSamsung Galaxy A51Samsung Galaxy A71
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Samsung lancar Galaxy A51 dan Galaxy A71 dengan lebih banyak kamera belakang

Samsung lancar Galaxy A51 dan Galaxy A71 dengan lebih banyak kamera belakang

13 December 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER