• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Liputan 4G Celcom terbaik di dalam dan luar bandar manakala U Mobile jauh ketinggalan

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 18/12/2019
  • Komen
SKMM mahu rakyat cakna berita terkini industri komunikasi dan multimedia Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Opensignal telah membuat kajian berkenaan liputan rangkaian 4G lima syarikat telekomunikasi di Malaysia. Syarikat tersebut ialah Celcom, DiGi, Maxis, U Mobile, dan Unifi Mobile. Mereka mendapati, liputan 4G Celcom paling meluas untuk pengguna di bandar dan luar bandar manakala U Mobile menunjukkan liputan 4G paling kurang.

Opensignal memecahkan kawasan liputan ini berdasarkan kepadatan penduduk. Cat 1 merujuk kepada kawasan dengan kurang dari 50 orang dalam km/persegi. Cat 4 pula untuk kawasan dengan populasi lebih dari 300 orang dalam km/persegi.



Dalam keempat-empat kategori populasi, Celcom menunjukkan kesediaan 4G paling tinggi. 90.7% untuk populasi tertingi Cat 4 dan 74.3% untuk Cat 1. Tempat kedua diduduki oleh Maxis dalam semua kategori. U Mobile pula dilihat memiliki liputan 4G paling kurang, dengan hanya 74.5% di Cat 4 dan serendah 40.6% di Cat 1. Peratusan Cat 4 U Mobile ini hampir menyamai peratusan Cat 1 Celcom.

Apabila memeriksa kesinambungan pengguna ke liputan 3G dan 4G, perbezaan ini menjadi rapat. Celcom bukan lagi menjadi pendahulu tunggal dalam semua kategori manakala U Mobile menunjukkan peratus liputan lebih tinggi. U Mobile mencatat liputan setinggi 97.4% di Cat 4 dan lebih dua kali di Cat 1, menjadi 86.4%.



Menariknya, pengguna Unifi Mobile mencatat liputan lebih tinggi dari Maxis di Cat 2 hingga 4, malah menjadi yang tertinggi di Cat 4 dengan 98.4%. Perkara ini sebenarnya mungkin disumbangkan oleh Celcom kerana Unifi Mobile menggunakan talian Celcom untuk liputan 3G.

Kajian ini juga mendapati, pengguna luar bandar terpaksa bergantung kepada liputan 3G yang memberi capaian agak baik, berbanding 4G yang kelihatan agak terhad. Semoga usaha kerajaan bersama SKMM meluaskan capaian internet menerusi projek NFCP akan dapat mengurangkan jurang perbezaan ini.

Sumber: Opensignal

Tags: celcomdigimaxisOpenSignalu mobileUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

SKMM mahu rakyat cakna berita terkini industri komunikasi dan multimedia Malaysia

Liputan 4G Celcom terbaik di dalam dan luar bandar manakala U Mobile jauh ketinggalan

18 December 2019
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN