Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Jualan Moto Razr ditangguhkan ke tahun depan

Motorola telah mempertontonkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertama mereka, Moto Razr pada bulan November lepas. Rancangan awalnya, ia akan dibuka tempahan awal selepas Hari Krismas dan tiba di tangan pembeli pada bulan Januari. Tetapi rancangan ini nampaknya telah berubah.

Dalam satu kenyataan terbaru dari Motorola, disebabkan minat dan permintaan yang terlampau melebihi bekalan, Motorola terpaksa menangguhkan tarikh tempahan awal dan jualan hari pertama. Ia tidak akan mengambil masa yang panjang.

Kenyataan penuh mereka berbunyi begini

Since its announcement in November, the new motorola razr has received unparalleled excitement and interest from consumers. Demand has been high, and as a result, has quickly outgrown supply predictions.

Motorola has decided to adjust razr’s presale and launch timing to better meet consumer demand. We are working to determine the appropriate quantity and schedule to ensure that more consumers have access to razr at launch.

We do not anticipate a significant shift from our original availability timeline.

Harapnya penangguhan ini benar-benar disebabkan permintaan, bukan masalah yang perlu diperbaiki. Ini kerana dua telefon pintar Android dengan skrin boleh lipat, Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X ditangguhkan jualannya kerana masalah perkakas yang perlu dibaiki. Mate X juga berhadapan masalah dengan polisi kerajaan Amerika Syarikat yang menghalang penggunaan Google Mobile Services di dalamnya.

Jika belum mengenali, Motorola Razr memiliki dua skrin. Skrin di luar berukuran 2.7-inci gOLED dengan resolusi 800×600. Skrin kedua di dalam yang boleh dilipat pula berukuran 6.2-inci pOLED dengan resolusi 2142×867.

Kuasanya digerakkan oleh pemproses Snapdragon 710 bersama RAM 6GB dan stoan 128GB. Bateri di dalamnya sebesar 2,510mAh dan dicas melalui port USB-C dengan sokongan pengecasan pantas 15W.

BACA  Mod gelap Facebook akan dapat dinikmati ramai pengguna tidak lama lagi

Motorola Razr akan dijual pada harga USD1,499 (~RM6,232) dengan jualan eksklusif diberikan kepada Verizon di Amerika Syarikat. Pada awalnya ia dijangka akan mula dijual di AS pada 9 Januari 2020, tetapi penangguhan jualan ini tidak lama, masih di sekitar suku pertama 2020.

Sumber: Droid-Life