Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelan pascabayar Digi akan ditambah kuota dan lebih mudah difahami tahun depan

Di dalam tawaran pelan pascabayar mahupun prabayar, Digi adalah penyedia pelan yang paling kompleks. Mereka mempunyai terlalu banyak jenis pelan yang sukar untuk dibandingkan sesama pelan Digi sendiri. Tetapi mulai tahun 2020, Digi menyatakan mahu membuatkan pelan mereka lebih mudah.

Perubahan ketara boleh dilihat pada pelan pascabayar apabila Digi akan menghapuskan kuota hujung minggu, menjadikan kuota data boleh digunakan sepanjang masa. Mari kita lihat dengan lebih teliti tentang perubahan pelan pascabayar Digi yang perlu diketahui.

Secara kasar, Digi mengekalkan jenis pelan pascabayar seperti Postpaid 80, Postpaid 120, Postpaid 160 dan Postpaid 190. Bagi Postpaid 80, sebelum ini ia memberi 10GB data sepanjang masa dan 10GB data hujung minggu. Akan datang, ia akan memberikan 30GB data sepanjang masa, tambahan lagi 10GB dari sebelumnya.

Pelan Postpaid 80 ini juga datang dengan bonus berupa Welcome Bonus 10GB dan Loyalty Bonus yang memberikan 40GB data selama 2 tahun pertama. Loyalty Bonus diberikan dalam bentuk 10GB setiap 6 bulan selama 2 tahun pertama langganan.

Bagi pelan Postpaid 120, ia juga ditambah kuota dari 40GB kepada 50GB. Pelan ini tiada pecahan kuota jadi seperti tiada perbezaan padanya selain kuota ditambah. Lain-lain pelan kelihatan sama tidak berubah kecuali pada pelan termurah yang kini dipanggil pelan JomStart Postpaid 58.

Akan datang, pelan Digi Postpaid 58 akan menerima 10GB data sepanjang masa berbanding dipecahkan 5GB sepanjang masa dan 5GB hujung minggu. Ia juga masih memiliki panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian.

Walaupun pelan termurah, Digi turut memberi ganjaran berupa Loyalty Bonus 20GB. Bonus ini diberikan dalam bentuk 5GB setiap 6 bulan, diberikan sebanyak 4 kali untuk tempoh 2 tahun.

BACA  Anda perlu sediakan RM7999 untuk miliki seunit Samsung Galaxy Z Fold 2

Ada Satu Perbezaan Yang Tidak Diberitahu

Dari luar nampak seperti hanya data diubah kepada sepanjang masa, tiada lagi kuota hujung minggu. Tetapi apabila diteliti dengan lebih mendalam, ada satu perkara yang kehilangan berbanding pelan lama. Pelan lama Postpaid 80 ada memberikan 30GB YouTube percuma setiap bulan. Jadi, pelan lama Postpaid 80 memberikan sejumlah 50GB data sebulan, berbanding pelan baru hanya 30GB sebulan.

Walaupun dengan pemberian bonus Welcome dan Loyalty (10GB + 40GB) yang dibahagi sama rata selama 24 bulan, pengguna pelan baru menerima sekitar 2.08GB data tambahan sebulan. Sejumlah 32.08GB data sebulan apabila dicampur bonus.

Jika anda kaki YouTube selama ini, pelan lama Postpaid 80 pastinya lebih berbaloi. Tetapi jika YouTube bukan keutamaan, data sepanjang masa yang lebih banyak pastinya lebih baik untuk anda.

Bagi pelan Postpaid 120, pelan baru memberi kelebihan kerana ditambah 10GB data bulanan. Lain-lain tawaran pelan ini adalah sama antara pelan baru dan lama. Pengguna masih menerima panggilan tanpa had dan 1,000 SMS sebulan ke semua rangkaian.

Pelan Postpaid 120 juga masih mengekalkan pelan Borderless Roaming yang memberikan 5GB data perayauan dan 60 minit panggilan luar negara setiap bulan.

Selain itu, pelan Postpaid 160 dan Postpaid 190 kelihatan tiada perubahan. Ia masih datang dengan data 70GB dan 100GB serta panggilan tanpa had dan 1,000 SMS sebulan ke semua talian. Ia juga disertakan pelan Borderless Roaming percuma. Yang peliknya, tiada data bonus diberikan kepada pelan Postpaid 120, Postpaid 160 dan Postpaid 190.

Satu lagi yang perlu diambil perhatian, pelan Digi Postpaid akan menerima penambahan jika dipadankan bersama pembelian peranti Digi seperti PhoneFreedom 365. Biasanya dengan kontrak, pengguna akan menerima tambahan 50GB ke 100GB sebulan bergantung kepada peranti yang dibeli.

BACA  Servis Grab diperluas ke Mersing, Segamat, Cameron Highlands, Pantai Remis, dan Baling

Menurut Digi, semua pengguna pascabayar sedia ada akan dinaik taraf ke pelan baru dengan lebih banyak data dan bonus pada kitaran bil akan datang. Pelanggan lama juga akan ditukar sedikit demi sedikit sebelum berakhirnya Januari 2020.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Digi Postpaid.