Tiada lorong tambah nilai di Plaza Tol Plus bermula Hari Krismas hingga Tahun Baru

Mulanya kami agak keliru apabila PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol masuk seliaannya mulai 24 Disember 2019 hingga 2 Januari 2019. Ini kerana PLUS sebelum ini telah mengumumkan akan menutup terus semua Lorong Tambah Nilai mereka sejak bulan November lepas.

Rupa-rupanya pada bulan lepas, PLUS hanya menutup Lorong Tambah Nilai mereka ketika keluar dari lebuh raya sahaja. Pengguna masih boleh membuat tambah nilai semasa masuk ke lebuhraya.

Tetapi Lorong Tambah Nilai ini akan ditutup buat sementara waktu dari 24 Disember 2019 sehingga 2 Januari 2020 bagi melancarkan lagi perjalanan pengguna lebuhraya sepanjang waktu cuti ini. Pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk memastikan baki kad Touch n Go mereka mencukupi dan membuat tambah nilai lebih awal sebelum masuk ke lebuhraya.

Orang ramai boleh membuat tambah nilai kad Touch n Go di hampir 11,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara yang merangkumi mesin ATM, R&R, stesen minyak, kedai serbaneka, pasaraya dan lain-lain lagi.

Pengguna lebuhraya juga harus ambil perhatian bahawa lebuhraya PLUS masih belum boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini, di mana tambah nilai e-Wallet PayDirect boleh dibuat dengan mudah dalam talian. Disebabkan masih tidak menyokong e-Wallet PayDirect, pengguna lebuhraya PLUS perlu menggunakan kad Touch n Go untuk membayar tol dan memastikan baki nilai kad mencukupi sebelum memasuki lebuhraya PLUS.

PayDirect tak boleh digunakan di lebuhraya PLUS

Pada musim perayaan ini, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 18 peratus kepada 2 juta kenderaan berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

Selamat memandu. Biar lambat asalkan selamat. Ingatlah orang yang dikasihi.

Sumber: PLUS

BACA  Pulang Raya Cina? Ini Cadangan Waktu Perjalanan Daripada PLUS