• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Operasi Tambah Nilai Touch ‘n Go Di Plaza Tol Dihentikan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:45 pm
  • 05/11/2019
  • Komen
Touch n Go dan EZ-link bergabung cipta kad Combi dua matawang
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 5 November 2019, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menghentikan segala operasi tambah nilai terus di reruai tol mereka bagi menangani masalah kesesakan dan juga memastikan keselamatan staf mereka.

Menambah nilai, lebih-lebih lagi ketika waktu puncak didapati memperlahankan pengguna lain keluar/masuk lebuh raya dan ia menjejaskan keselesaan semasa memandu. Selain itu, PLUS turut melaporkan sejumlah 81 kes kenderaan berat merempuh reruai plaza tol antara 2016 hingga 2018.



Sungguhpun begitu, operasi tambah nilai di pusat khidmat pelanggan PLUS di lokasi-lokasi terpilih tetap berjalan seperti biasa. Maka, anda boleh singgah di situ sekiranya ingin lakukan tambah nilai. Untuk alternatif, ada ribuan kemudahan tambah nilai bertembaran sekitar stesen minyak dan ada diantaranya tak mengenakan sebarang cas tambah nilai pun.

PLUS Mulakan Ujian Beta Pembayaran Tol Guna RFID

Dalam hal yang berkaitan, lebuh raya kelolaan PLUS adalah satu-satunya lebuh raya di Lembah Klang yang tidak menyokong sistem pembayaran RFID oleh Touch ‘n Go yang saya rasakan sangat tak logik. Ia tentu sekali bukan masalah teknikal tetapi lebih pada mainan politik semata.



PLUS pernah mencuba RFID versi mereka sendiri namun ditembak jatuh oleh Touch ‘n Go mungkin takutkan persaingan. Satu lagi mainan politik adalah ciri tambah nilai kad Touch ‘n Go terus daripada APP e-Wallet.

CIMB Cuba Halang Pesaing Daripada Lancarkan Perkhidmatan RFID
Tags: plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Touch n Go dan EZ-link bergabung cipta kad Combi dua matawang

Operasi Tambah Nilai Touch ‘n Go Di Plaza Tol Dihentikan

5 November 2019
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN