Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Bolehkah kita menjalani hidup seharian tanpa wang tunai?

Anda dah dengar pengumuman kerajaan bahawa pengguna eWallet akan menerima bantuan satu kali sebanyak RM30 pada tahun hadapan? Terdapat 3 eWallet yang diumumkan termasuk dalam inisiatif ini dan salah satu darinya ialah GrabPay.

Tidak dapat dinafikan, GrabPay adalah salah satu eWallet dengan bilangan pengguna paling besar di Malaysia. Ini kerana mereka telah lama menyediakan perkhidmatan pengangkutan Grab Car serta penghantaran makanan GrabFood. Dengan asas perkhidmatan ini, Grab dengan mudah meluaskan penggunaan GrabPay ke dalam perkhidmatan sedia ada.

Tetapi di luar dari perkhidmatan Grab sendiri, adakah mudah untuk mengggunakan GrabPay? Bagaimanakah untuk menyahut seruan kerajaan ke arah menuju masyarakat tanpa tunai?

Kerana itu, Grab menjemput kami untuk mencuba sendiri kehidupan tanpa tunai selama seminggu. Kami diberikan wang dalam bentuk GrabPay dan cuba untuk menjalankan kehidupan seharian dengan menggunakan GrabPay sahaja.

Anda rasa ia boleh dilakukan? Jom ikuti laporan kami dalam percubaan untuk menjalani kehidupan seharian tanpa tunai.

Tiada Tunai, tiada masalah untuk makan dan pergi kerja

Dengan semakin bertambah perkhidmatan yang disediakan Grab, menjadikan hidup tanpa tunai semakin mudah. Pengangkutan melalui Grab Car sudah lama menjadi kebiasaan, malah tempahan makanan menggunakan GrabFood juga sedikit demi sedikit sudah menjadi norma terutama di pejabat. Pilihan makanan semakin banyak di GrabFood membuatkan selera boleh dipenuhi bila-bila masa walaupun isteri tidak memasak di rumah. Di sini, penggunaan GrabPay sangat mudah. Kehidupan tanpa tunai bukan satu masalah untuk makan dan pergi kerja.

Cabaran sebenar hidup tanpa tunai ialah di luar perkhidmatan Grab. Bulan lepas, Grab mengumumkan mereka telah meluaskan rangkaian pembayaran GrabPay ke lebih 3,600 lokasi, antaranya di Watsons, Guardian, KK Mart, 99 Speedmart, Dominos, MBO Cinemas, Tesco, Mydin, Giant, Petron dan banyak lagi.

Hypermarket sangat mudah guna GrabPay

Cubaan pertama ialah membeli-belah di Giant. Seperti biasa, barangan keperluan rumah banyak dibeli di Giant kerana ia adalah hypermarket yang dekat dengan rumah. Beberapa barangan yang dibeli adalah seperti beras, kicap, sos cili, susu segar, minyak masak dan lain-lain.

Apabila tiba di kaunter, perkara pertama yang ditanyakan ialah, boleh tak bayar guna GrabPay? Jurujual di kaunter berkata boleh, tetapi kemudian beliau memanggil seseorang yang lain bertanyakan bagaimana caranya untuk membayar dengan GrabPay. Ianya sangat mudah. Di Giant, membayar dengan GrabPay hanya memerlukan pengguna menunjukkan kod bar atau kod QR GrabPay kepada jurujual dan mereka akan mengimbas menggunakan alat pengimbas yang biasa digunakan mengimbas barang pembelian. Sebegitu mudah. Bayaran akan terus ditolak dari akaun GrabPay pengguna. Kalau ini caranya, memang mudah sangat membeli-belah dengan GrabPay.

BACA  Penularan COVID-19: Perbetulkan Strategi Kita

Lebih baik lagi, ada sesetengah kedai membuat promosi dengan memberikan rebat apabila membayar menggunakan GrabPay. Seperti di Watson, rebat RM10 apabila membayar dengan GrabPay.

Selain Giant, membayar dengan GrabPay di supermarket Cold Storage serta di Tesco juga sama mudahnya. Hanya imbas kod bar atau kod QR GrabPay. Tahap kemudahan membayar tanpa tunai boleh diberi 9/10. Tetapi lain pula ceritanya apabila pergi ke kedai runcit seperti 99 Speedmart dan KK Mart.

Kedai runcit juga terima GrabPay

Di 99 Speedmart dan KK Mart, pembayaran menggunakan GrabPay memerlukan mesin tambahan. Seperti membayar dengan kad kredit memerlukan terminal kad kredit, membayar dengan GrabPay memerlukan terminal GrabPay. Langkahnya masih sama, pengguna hanya menunjukkan kod bar atau kod QR, dan jurujual akan mengimbas menggunakan terminal GrabPay.

Langkah ini sebenarnya masih mudah, tetapi selalunya terpaksa menunggu sedikit kerana terminal ini berhubung ke internet melalui talian mudah alih. Jika internet kurang bagus di kawasan tersebut, kadang-kadang pembayaran tersangkut. Jurujual terpaksa mencuba beberapa kali sebelum pembayaran berjaya.

Di sini, tahap kemudahan pembayaran tanpa tunai boleh diberi markah 7/10.

Bayar petrol pun boleh tapi sedikit pilihan

Perjalanan hidup tanpa tunai diteruskan lagi di stesen petrol. Grab memaklumkan bahawa Petron menerima pembayaran GrabPay, jadi kami pun ke sana untuk mencubanya. Masalah pertama ialah kurangnya stesen Petron berbanding Petronas atau Shell. Jadi pencarian stesen Petron mengambil sedikit masa.

Untuk pembayaran pula, stesen Petron menggunakan kaedah seperti di 99 Speedmart dan KK Mart, iaitu terminal pembayaran khas GrabPay. Jadi masalah yang sama di 99 Speedmart turut dihadapi di Petron, tetapi ia bukanlah masalah yang besar. Cuma, ada satu perkara yang kami sedar selepas mengisi minyak. Pembayaran perlu dibuat di kaunter di dalam bangunan, dan pintu dikunci pada pukul 12 tengah malam. Jika mahu mengisi petrol di Petron, harus dibuat sebelum pintu dikunci. Jika tidak, tidak lagi boleh membayar menggunakan GrabPay.

Kejutan terbesar ialah di gerai tepi jalan

Cabaran untuk hidup tanpa tunai sebenarnya apabila berkunjung ke kedai-kedai kecil yang kurang ternama, ataupun warung tepi jalan. Sebenarnya tiada harapan besar diletakkan untuk pembayaran GrabPay apabila pergi ke kedai sebegini. Tetapi apabila terjumpa, ia memberikan definisi hidup tanpa tunai yang sebenar.

BACA  Grab, Foodpanda dan Dahmakan teruskan operasi dalam tempoh kawalan pergerakkan.

Dalam satu keadaan, penulis pergi ke kedai makan Sri Manis di Wangsa Maju. Ia adalah kedai makan masakan melayu yang biasa, menyediakan masakan melayu serta kuih muih buat minum petang. Isteri teringin makan roti canai dan penulis pula memesan nasi goreng kampung dan mengambil sedikit kuih muih yang dihidangkan. Apabila mahu membuat bayaran, ternampak logo ‘We Prefer GrabPay‘ lantas bertanyakan pada jurujual adakah mereka menerima pembayaran GrabPay? Jawapannya ialah YA! Cara pembayaran sama seperti di 99 Speedmart iaitu menggunakan terminal GrabPay.

Satu lagi ialah di gerai burger tepi jalan. Jangan tak percaya, memang ada gerai burger tepi jalan yang menerima pembayaran GrabPay. Sewaktu melihat logo ‘We Prefer GrabPay’ ditampal di gerai burger tersebut, terus penulis memberhentikan kenderaan dan memesan burger dari mereka, sambil bertanyakan, adakah GrabPay diterima. Malangnya, mereka menjelaskan sistem GrabPay mereka menghadapai masalah apabila bayaran tidak diterima minggu lepas. Ini membuatkan mereka terpaksa menghentikan pembayaran GrabPay sehingga masalah bayaran mereka selesai. Di sini, GrabPay harus segera menyelesaikan masalah pekedai untuk membuatkan mereka terus menerima pembayaran GrabPay.

Boleh GrabFood tetapi tiada GrabPay

Ini satu perkara yang agak mengelirukan penulis, tetapi sebenarnya harus jelas perbezaannya. Tersenarai di GrabFood bukan bermakna kedai tersebut menerima pembayaran GrabPay. Membeli di GrabFood dan membeli di kedai ialah dua cara yang berbeza.

Penulis pada awalnya berfikir, disebabkan kedai itu sedia menerima tempahan di dalam GrabFood, maka jika membeli di kedai ia sedia menerima pembayaran GrabPay. Jawapannya ialah TIDAK. Satu contoh yang ditemui ialah Texas Chicken.

Kedai makanan segera yang popular dengan ayam goreng ini menerima tempahan di dalam GrabFood, tetapi jika pergi ke kedai tersebut ia tidak menerima pembayaran GrabPay. Kalau mahu bayar GrabPay juga, pengguna boleh berbuat demikian dengan membuat pesanan melalui GrabFood. Tapi kenalah bayar caj penghantaran RM5. Dalam masalah ini, Grab dilihat terlepas peluang besar kerana tidak menyediakan pembayaran GrabPay di kedai francais besar seperti Texas Chicken, walaupun boleh ditempah melalui GrabFood.

BACA  Semak cara mendapatkan 1GB data percuma dan inisiatif percuma lain sepanjang PKP di sini

Jika ada pilihan, pilihlah GrabPay dari Tunai

Ini pesanan yang penulis sentiasa mengingatkan diri sendiri. Jika tempat tersebut menerima pembayaran GrabPay, maka gunakannya berbanding tunai mahupun kad kredit. Ini kerana pembayaran melalui GrabPay memberikan mata ganjaran dan seterusnya boleh digunakan semula untuk membuat bayaran.

Jika telah mencapai tahap Platinum, pengguna akan menerima 3x mata ganjaran untuk setiap RM1. Mata ini boleh ditebus kembali untuk pembayaran Grab Car atau GrabFood. 600 mata untuk RM5, 1200 mata untuk RM10 dan 1800 mata untuk RM15.

Pembayaran GrabPay menggunakan kad kredit juga lebih baik, kerana anda akan menerima dua kali mata ganjaran iaitu mata ganjaran GrabRewards dan juga mata ganjaran kad kredit. Tetapi ada kad kredit yang sudah tidak memberikan mata ganjaran untuk tambah nilai eWallet, jadi anda harus membuat pilihan terbaik untuk diri sendiri.

Kesimpulan, boleh atau tidak hidup tanpa tunai?

Dengan penerimaan GrabPay yang semakin meluas, maka gaya hidup tanpa tunai semakin boleh dicapai. Tetapi ia masih memerlukan pelaksanaan lebih mendalam terutama di penjual kecil dan sederhana. Penulis sendiri merasa lebih selesa apabila tidak lagi perlu membawa tunai di dalam poket dan tidak lagi berhadapan masalah ketiadaan wang kecil semasa membayar. Tetapi ia membawa kepada satu masalah yang lebih besar, iaitu pengurusan wang. Berbelanja tanpa tunai yang terlalu mudah membuatkan wang mengalir seperti air dari akaun bank. Perlukan disiplin tinggi untuk menggunakan wang tanpa tunai.

Dari satu sudut, hidup tanpa tunai masih separuh boleh dan separuh tidak. Tetapi jika ia mendapat kerjasama kerajaan untuk dilonjakkan lebih tinggi, seperti menyediakan prasarana sewajarnya untuk pekedai selain menyatukan sistem pembayaran tanpa tunai, pastinya orang ramai sedia untuk berubah ke gaya hidup tanpa tunai.

Penyedia perkhidmatan seperti Grab yang bertindak aktif untuk meluaskan rangkaian pembayaran juga harus dipuji kerana tidak bersikap tunggu dan lihat untuk memudahkan lagi pengguna menggunakan perkhidmatan yang mereka sediakan. Penulis sendiri tidak teragak-agak untuk berubah ke gaya hidup tanpa tunai dengan kemudahan yang disediakan selain lebih banyak ganjaran yang diterima.

Apa pula pendapat anda? Apakah terdapat rintangan besar yang membuatkan gaya hidup tanpa tunai sesuatu yang mustahil untuk anda? Kongsikan bersama kami diruangan komen di bawah ini.