• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambaran lebih jelas Galaxy Note 10 Lite mengesahkan khabar sebelum ini

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 02/01/2020
  • Komen
Gambaran lebih jelas Galaxy Note 10 Lite mengesahkan khabar sebelum ini
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dikhabarkan akan melancarkan satu lagi model baru siri Galaxy Note 10 sebaik tahun baru 2020 tiba. Walaupun sebelum ini telah didedahkan gambaran awal tentangnya, kini gambar sebenar telefon tersebut telah pun mula tersebar di alam maya.

Dalam gambar yang dikongsikan oleh @TechTalkTV, ia menunjukkan rupa sebenar Galaxy Note 10 Lite dari semua sudut. Di hadapannya, ia tidak lagi menggunakan skrin melengukung di sisi sebaliknya adalah skrin rata. Turut kelihatan lubang di atas skrin di tengah, yang menempatkan kamera hadapan. Tetapi lubang ini kelihatan lebih kecil dari Galaxy Note 10+.



Sama seperti maklumat yang diberitahu oleh Roland Quandt sebelum ini, TechTalkTV turut mengesahkan Galaxy Note 10 Lite akan dikuasakan pemproses Exynos 9810 yang sama dengan Galaxy Note 9 dan Galaxy S9. Dari rupa luaran di gambar ini, telefon ini kelihatan kurang premium berbanding Galaxy Note 10 dan Note 10+ tetapi ia masih menggunakan bingkai besi kerana kelihatan garisan antena di sisi.

Di belakang pula, kelihatan tiga kameranya disusun di dalam modul berbentuk empat segi yang mirip dengan siri Huawei Mate 20. Dikhabarkan, Samsung akan menggunakan gandingan kamera utama 12MP, bersama kamera ultra lebar dan kamera telefoto.



Lain-lain perkara yang tidak kelihatan pada gambar ini tetapi dikatakan bakal ada di Galaxy Note 10 Lite adalah seperti jek audio 3.5mm dan slot kad mikroSD. Ia juga akan dibekalkan bateri lebih besar, 4,500mAh dengan pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Tetapi tiada sokongan pengecasan wayarles padanya.

Sudah pasti, S Pen akan turut ada di Galaxy Note 10 Lite dan ia akan menggunakan sambungan Bluetooth 5.0 yang memberikan fungsi tambahan seperti alat kawalan jauh. Tetapi tidak pasti lagi sama ada ia akan memiliki fungsi kawalan isyarat yang membolehkan pengguna melakar atau melukis dengan menggerakkan S Pen di udara, tanpa menyentuh skrin.

Di Eropah, Galaxy Note 10 Lite dikatakan akan dijual pada harga EUR609 (~RM2,790), harga yang jauh lebih murah dari Galaxy Note 10. Jika ia dijual di Malaysia kelak, sudah pasti harganya akan lebih rendah kerana cukai di Eropah yang jauh lebih tinggi dari Malaysia. Mungkin boleh mencecah RM2,500.

Adakah dengan maklumat sedia ada membuatkan anda berminat untuk memilikinya? Kita nantikan pengumuman rasmi dari Samsung.

Sumber: TechTalkTV

Tags: samsungsamsung galaxy note 10Samsung Galaxy Note 10 Lite
Najib

Najib

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

3 Februari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER