Suunto 7: Jam Tangan Android Wear Pertama Suunto Dan Berharga Kurang RM2,000

Suunto, pengeluar kelengkapan kecergasan terkemuka dunia, mulakan lembaran tahun 2020 mereka dengan Suunto 7. Agak pelik kenapa mereka menamakannya sedemikian sebab dalam penawaran mereka, Suunto 9 sudahpun ada dan dilancarkan penghujung tahun lepas.

Walau apapun, Suunto 7 ialah satu produk yang novel kerana inilah jam tangan pintar pertama yang mendukung cap Suunto atau lebih khusus, ia menjalankan Wear OS.

Anda boleh jangkakan fungsi yang lebih kurang sama seperti Casio WSD-F30 terutama pada kehadiran sensor-sensor. Tapi, Suunto 7 seperti ada satu sensor ekstra iaitu pengimbas nadi dibelakang badannya. Selain pengimbas cap jari, beberapa sensor lain yang boleh anda temui adalah seperti altimeter, barometer, kompas, dan GNSS.

Untuk fizikaliti, rekaannya seperti jam tangan biasa, tiada apa-apa yang menonjol. Kerangka badan Suunto 7 dibangunkan daripada materi stainless steel manakala mukanya dilapisi kaca Corning Gorilla.

Di bahagian paparan, ia ada skrin seluas 1.39″ daripada panel OLED yang katanya boleh mencapai kecerahan sehingga 1,000 nits dalam keadaan tertentu. Pada sudut ketahanan, ia kalis gegaran, air, dan debu tapi tidak pula dinyatakan sama ada ia ada piawaian ketenteraan ataupun tidak.

Selain menggunakan paparan peka sentuhan, ada tiga butang navigasi dibahagian sisi kanan jam bila sentuhan tidak lagi berguna untuk navigasi, contohnya semasa memakai sarung tangan.

Di bahagian papan utama, ia diperkasa Snapdragon Wear 3100, SoC yang agak berusia tapi itu sajalah yang ada untuk digunakan. Dengan satu bateri penuh, ia boleh berkhidmat selama 40 hari dalam mode masa saja atauapun dalam mode smartwatch, ia boleh pergi sehingga 2 hari. Hayat sehingga 12 jam pula diperoleh bila anda gunakan fungsi GPS untuk merakam jejak.

BACA  Proton X70 2020 baru dilancar dengan fungsi dan teknologi lebih canggih

Suunto 7 boleh didapati di A.S bermula 31 Januari 2020 pada harga USD479 sebuah (~RM 1,967).

Sumber: Suunto