Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Surface Pro X Di Malaysia Boleh Ditempah Pada Harga Bermula RM4,599

Awal Disember 2019, Microsoft telah mengumumkan penjulana dua produk dalam keluarga Surface yang masuki pasaran Malaysia. Selepas Surface Pro 7 dan Surface Laptop 3, hari ini Microsoft mengumumkan pula penjualan Surface Pro X untuk pasaran Malaysia.

Jika anda ingin dapatkan sebuah Surface Pro X, tempahan akan dibuka pada 9 Januari 2020 dan mula diedarkan pada 17 Januari 2020. Untuk harga, bersiapsedialah untuk menebuk lubang dalam poket kerana harga permulaan laptop ini adalah RM 4,599.

Buat yang terlepas berita, Surface Pro X adalah laptop 2-dalam-1 paling nipis dan berkuasa setakat ini daripada Microsoft. Ia ditujukan pada penghasil kandungan yang perlukan sebuah mesin bermobiliti tinggi.

Di bahagian paparan, ia ada panel PixelSense seluas 13″. Laptop ini diperkasa CPU Microsoft yang baru Microsoft SQ1, hasil kerjasama mereka dengan Qualcomm. Menggunakan senibina ARM, Surface Pro X boleh memberikan waktu berkhidmat yang panjang jika dibandingkan dengan CPU konvesional X64.

Dengan satu isian penuh, ia boleh beropersi sehingga 13 jam lamanya dan jua dilengkapi sistem pengecasan pantas untuk isi 80% dalam masa sejam saja.

Salah satu ciri unik Surface Pro X adalah tempat penyimpanan Surface Pen. Ada satu lekuk khas atas papan kekunci yang turut berfungsi sebagai pengecas kepada stailus itu. Jadi anda tak perlu risau akan kehilangan pen ataupun pen tiada kuasa.

Untuk RM 4,599, anda akan terima Surface Pro X dengna konfigurasi RAM 8GB dan storan 128GB. Varian tertinggi iaitu yang ada RAM 8GB dan storan 256GB dijual pada harga RM5,799.

Sumber: Microsoft

BACA  Apple Watch SE ganti tempat series 5 dengan harga lebih murah