Rumusan Pas Internet Prabayar 2020: Digi Prepaid Live

Selepas rumusan pek prabayar, kita akan teruskan dengan rumusan untuk pas Internet pula. Kalau anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang maklumat tersebut, anda boleh rujuk artikel di bawah.

Baca tawaran Celcom Xpax

Baca tawaran Digi Prepaid Live

Baca tawaran Maxis Hotlink Red & Hotlink Superrr

Baca tawaran U Mobile Funz Unlimited

Baca tawaran Yes 4G LTE

Bawah Digi Prepaid Live, anda boleh boleh dua jenis pas Internet iaitu:

  • Big Bonus
  • Internet Cili Padi

Beza antara dua jenis pas itu adalah, Big Bonus ada ciri auto-renewal. Bermakna anda cuma perlu pastikan ada baki kredit mencukupi di akhir pusingan pengebilan.

Internet Cili Padi pula adalah jenis pas sekali guna saja. Bila tamat tempoh, anda perlu langgan semula pas yang diingini. Bawah tawaran Cili Padi, anda boleh temui pas dalam kategori:

  • Cili Padi XL
  • APP Based
  • Time Based

Big Bonus

Pas Big Bonus ditawarkan pada hargabermula RM28. Pada harga itu, anda dapat kuota Internet sebanyak 4GB dan 1GB bonus setiap hari antara 1 petang hingga 7 petang.

Bagusnya Big Bonus adalah Digi mengepilkan kemudahan panggilan tanpa had kecuali untuk pelan RM35 kerana untuk nikmatinya anda perlu lakukan add-on pada harga RM10 untuk panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Pas termahal, RM70 berikan kuota sebanyak 14GB manakala kuota bonus 3GB antara 1 petang hingga 7 petang.

Digi turut menyertakan fungsi data roll-over kepada pas Big Bonus. Jika kuota Internet untuk bulan tersebut tidak dihabiskan, ia akan dibawa ke bulan seterusnya dengan had sehingga 100GB.

Sumber

Internet Cili Padi

Cili Padi XL

Cili Padi XL lebih menyerupai Big Bonus, cumanya ia tidak disertakan kuota panggilan. Kalau anda tak lakukan panggilan sangat, Cili Padi XL lebih menguntungkan sebab selain kuota 4GB, anda boleh tonton YouTube dan layari Facebook sepuas hati pada harga RM28.

BACA  Celcom Mega, Pelan Baru Yang Benarkan Anda Tukar Pelan Setiap Bulan Tanpa Penalti

Buat Instafamous ataupun KOL, pas RM15 dan RM35 berikan kuota platform media sosial tanpa had. Jadi, bolehlah ber-livestream sepuah hati.

Time Based Pass

Pas ini untuk yang perlukan kuota selambak dalam waktu terhad. Bagusnya tawarkan Dini ini adalah, anda boleh beli pas pada harga serendah RM1/GB/jam ataupun kuota tanpa had untuk sehari pada harga RM8.

APP Based Pass

Pengguna yang banyak habiskan masa menonton TV secara stream pastinya menyukai pas ini. Video Lite ditawarkan pada harga RM1 saja untuk sehari. Dengannya anda boleh layan stream daripada APP seperti:

  • 2BLive
  • Astro on the Go
  • Dailymotion
  • dimsum
  • iFlix
  • MOX
  • Netflix
  • NJOI Now
  • Tonton
  • Twitch TV
  • Unifi PlayTV
  • Viu
  • VOOV
  • YouTube
  • YouTube Gaming
  • YouTube Kids

Cumanya kelajuan yang ditawarkan cumalah 512Kbps. Tak bolehlah tonton Netflix dalam resolusi 4K UHD.

Rumusan

Berikut adalah semua pas Internet yang ditawarkan bawah Digi Live Prepaid dan disusun mengikut harga.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.