Rumusan Pas Internet Prabayar 2020: Celcom Xpax

Selepas rumusan pek prabayar, kita akan teruskan dengan rumusan untuk pas Internet pula. Kalau anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang maklumat tersebut, anda boleh rujuk artikel di bawah.

Baca tawaran Celcom Xpax

Baca tawaran Digi Prepaid Live

Baca tawaran Maxis Hotlink Red & Hotlink Superrr

Baca tawaran U Mobile Funz Unlimited

Baca tawaran Yes 4G LTE

Penawaran pas Internet Xpax terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

  • Internet Pass
  • Ultra Hour Pass
  • 5 Pas Walla

Internet Pass

Dalam kategori ini, anda boleh dapatkan Internet pada harga serendah RM3/24 jam/2GB sehingga RM79/bulan/15GB.

Selain pas RM12 dan RM38, semua pelan lain ada ditawarkan ciri Data Rollover yang akan bawa kouta yang tak digunakan anda untuk bulan ini ke bulan yang seterusnya. Lebih menarik, jika anda jenis tidur lewat, anda juga ditawarkan kuota tanpa had untuk tonton YouTube antara jam 1 pagi hingga 7 pagi.

Anda juga diberikan akses iFlix VIP sekiranya anda melanggan mana-mana pas Internet yang ada tempoh sah lebih daripada seminggu (kecuali pelan RM12 dan RM38).

Pelan RM12 dan RM38 adalah pelan baru yang dilancarkan Celcom. Dengannya anda terima kuota sebanyak sehingga 48GB tapi kelajuan dihadkan kepada 3Mbps. Pelan ini sangat berbaloi jika anda tak kisah tentang kelajuan.

Ultra Hour Pass

Pas ini adalah untuk anda yang perlukan sejumlah data tiba-tiba. Anda boleh nikmatinya pada harga serendah RM1 untuk satu jam ataupun sehari pada harga RM8.

Pas Walla

Pas Walla diperkenalkan oleh Celcom dalam tahun 2017.

Asalnya, hanya ada dua Walla iaitu Video dan Music. Mungkin melihat pada permintaan yang menggalakkan, Celcom telah perluaskan penawaran walla kepada tiga lagi yang lain iaitu:

  • Games Walla
  • Social Walla
  • Internet Walla
BACA  Satu telefon baru Realme yang misteri telah dikesan di Malaysia

Video

Berikut adalah servis yang boleh gunakan kuota Video Walla:

  • YouTube
  • YouTube Kids
  • Netflix
  • Dimsum
  • Viu
  • Eros Now
  • Astro Go
  • iFlix

Games

Berikut adalah servis yang boleh gunakan kuota Games Walla:

  • Free Fire
  • Arena of Valor

Social

Untuk Social Walla, anda boleh pilih pas sama ada yang berikat kuota untuk Facebook ataupun Instagram. Tapi untuk semua pas, kuota yang sama boleh digunakan untuk Twitter, WeChat, WhatsApp, dan IMO.

Internet

Kalau anda ingat Internet Burung Hantu sekitar 2015 lalu, ini mungkin kesinambungan daripadanya.

Pada harga serendah RM2 anda boleh nikmati internet kelajuan pantas dengan kuota sehingga 15GB untuk kegunaan antara jam 1 pagi hingga 7 pagi.

Music

Music walla ada dua jenis pas, satu yang bertempoh sah seminggu dan satu lagi sebulan. Kedua-duanya berikat kuota tanpa had untuk anda dengar kandungan daripada 10 servis yang terpilih.

Berikut adalah servis yang boleh gunakan kuota Music Walla:

  • Spotify
  • Joox
  • KKbox
  • Hungama
  • Syok
  • FlyFm
  • HotFm
  • Astro Arena
  • OneFm
  • KoolFm

Rumusan

Berikut adalah semua pas Internet yang ditawarkan bawah Celcom Xpax dan disusun mengikut harga.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.