• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon boleh lipat kedua Samsung tidak akan dipanggil Galaxy Fold 2

  • OLEH Najib
  • 7:53 pm
  • 10/01/2020
  • Komen
Telefon boleh lipat kedua Samsung tidak akan dipanggil Galaxy Fold 2
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah banyak petunjuk yang diberikan oleh Samsung sendiri serta dari pembocor berita berkenaan telefon dengan skrin boleh lipat kedua dari Samsung. Tetapi berita terbaru dari perjumpaan rahsia semasa pameran CES 2020 di Amerika Syarikat mengatakan, telefon baru ini tidak akan menggunakan nama Galaxy Fold 2. Ia akan dipanggil sebagai Galaxy Bloom.

Laporan yang menyatakan perkara ini mengatakan, rekaan telefon ini mendapat inspirasi dari alat kosmetik. Lebih tepat lagi, dari bedak padat atau Compact Powder dari jenama terkenal, Lancome. Malah, nama Bloom diambil dari bunga yang berkembang. Ia juga disasarkan untuk pengguna wanita di lingkungan umur 20-an.



Selain itu, Galaxy Bloom dikatakan akan menjadi telefon terawal dengan fungsi rakaman video 8K. Sebagai pengeluar TV 8K, kekurangan kandungan video 8K menjadikan pengguna kurang berminat untuk mendapatkan TV 8K. Dengan kebolehan telefon pintar merakam video 8K, ini akan menjadikan kandungan 8K lebih banyak tersedia.

Satu lagi perkara yang disahkan ialah penggunaan skrin yang diperbuat dari kaca ultra nipis, bukan plastik. Ini meningkatkan daya ketahanan paparan selain menghilangkan kesan lipatan yang menjadi kelemahan utama plastik.



Samsung Galaxy Bloom dijangka akan dilancarkan bersama Samsung Galaxy S20, pada 11 Februari 2020 di San Francisco, Amerika Syarikat. Ia mungkin tidak akan tersedia untuk dijual sejurus selepas pelancaran, tetapi pasti lebih banyak maklumat seperti tarikh jualan boleh diketahui di majlis pelancarannya.

Sumber: Sammobile, Ajunews

Tags: samsungSamsung BloomSamsung Galaxy Fold 2
Najib

Najib

POPULAR

Telefon boleh lipat kedua Samsung tidak akan dipanggil Galaxy Fold 2

Telefon boleh lipat kedua Samsung tidak akan dipanggil Galaxy Fold 2

10 January 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN