Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Unifi akan melancarkan Android Box tidak lama lagi

Media Sosial Unifi beberapa hari ini telah memberi petunjuk tentang kedatangan sebuah produk baru yang akan tiba pada 15 Januari 2020. Produk ini sebenarnya telah terbocor sejak November tahun lepas dan ia akan disahkan oleh TM esok.

Produk yang dikatakan ini ialah Set-Top-Box (STB) baru yang dipanggil Unifi Plus Box. Ia boleh dilihat dengan jelas di dalam video petunjuk terbaru yang dikeluarkan hari ini.

Beberapa ciri-ciri baru di Unifi Plus Box turut diberitahu menerusi petunjuk ini, antaranya menyokong siaran UHD 4K, sambungan WiFi, APP siap dipasang, sokongan Google Assistant dan keupayaan Cast. Semua maklumat ini, sebenarnya menepati laporan yang telah disiarkan sebelum ini.

Dalam satu slaid yang telah tersebar pada bulan November lepas, Unifi Plus Box ini sebenarnya ialah sebuah Android Box yang memiliki sokongan siaran TV secara langsung dan dipasang siap dengan aplikasi rakan seperti BBC Play, iflix, YuppTV dan DimSum. Lebih menarik lagi, ia memiliki Google Play Store yang membolehkan lebih banyak aplikasi dimuat turun dan dipasang di dalamnya.

Selain itu, Plus Box juga menyokong paparan UHD 4K bersama HDR. Ia juga boleh menggunakan kawalan bunyi melalui sokongan Google Assistant. Tambah menarik ialah sokongan Cast padanya, membolehkan pelbagai paparan dari telefon pintar dipancar ke skrin besar.

Persoalannya kini, siapakah yang boleh mendapatkan Plus Box ini dan berapakah pula bayarannya? Jika kena dengan harganya, ia pasti akan menarik perhatian ramai untuk mendapatkannya.

Sumber: Unifi

BACA  PROMO: Diskaun hingga RM200 untuk pembelian laptop, telefon dan jam pintar Honor