Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TM lancar pemain media Android untuk pelanggan Unifi dengan keupayaan 4K, Cast dan Google Playstore

Selepas beberapa hari berteka-teki, TM hari ini mengumumkan secara rasmi ketibaan kotak media Android mereka yang dipanggil, Unifi Plus Box. Ia adalah kotak media yang berbeza dengan Set-Top-Box (STB) unifi TV.

Menurut TM, Unifi Plus Box memberikan pengguna akses ke kandungan Unifi TV dan rakan niaga menerusi aplikasi Android dalam definisi HD Penuh. Pengguna juga boleh melanggan kandungan premium Unifi TV melaluinya. Ia turut dilengkapi fungsi Cast untuk memaparkan kandungan dari telefon pintar ke skrin TV serta membuat carian melalui suara menerusi Google Assistant.

Unifi Plus Box akan datang tersedia dipasang dengan aplikasi Unifi TV, BBC Player, dimsum, iflix, viu, YuppTV dan FOX+ (akan datang). Ia juga boleh dipasang dengan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun di Google Playstore. Bagaimanapun, FAQ menjelaskan akses ke Netflix tidak tersedia.

Walaupun aplikasi di atas sedia terpasang, pengguna perlu membayar langganan untuk akses ke kandungan tersebut. Pengguna Unifi Plus Box boleh melanggan pada kadar istimewa seperti berikut:

  • iflix – freemium (akses premium dengan paparan iklan)
  • dimsum – tambahan RM10/bulan
  • BBC Player – percuma untuk pelanggan pek Ultimate, pengguna lain perlu tambahan RM10/bulan
  • YuppTV – tambahan mengikut pakej bermula dari RM10/bulan
  • Viu – percuma untuk 6 bulan pertama, kemudian RM10/bulan
  • FOX + – akan datang

TM memberikan Unifi Plus Box secara percuma untuk semua langganan baru Unifi Home bersama pek TV Ultimate, yang datang dengan kontrak selama 24-bulan. Harga pelan adalah seperti berikut:

  • Unifi Home 300Mbps + pek TV Ultimate – RM199/bulan (harga biasa RM259/bulan)
  • Unifi Home 100Mbps + pek TV Ultimate – RM189/bulan
  • Unifi Home 30Mbps + pek TV Ultimate – RM149/bulan
BACA  COVID-19: Rekod baru dicatat hari ini, 869 kes positif dan 4 kematian

Pengguna sedia ada juga berpeluang untuk memiliki Unifi Plus Box. Bagi pelanggan yang tidak melanggan pek TV Ultimate, boleh bertukar ke mana-mana pelan Unifi Home bersama pek TV Ultimate dan dikontrak semula selama 24-bulan.

Bagi pelanggan sedia ada dengan pek TV Ultimate, boleh menaik taraf pelan mereka dengan kontrak baru 24-bulan, atau menambah Unifi Plus Box dengan bayaran RM10 selama 24-bulan.

Menariknya, terma & syarat menjelaskan pengguna Unifi Home boleh mendapatkan sehingga 3 Unifi Plus Box dengan membayar tambahan RM10/bulan setiap satu selama 24-bulan. Setiap kotak media ini juga datang bersama jaminan selama 12-bulan. Penalti akan dikenakan jika langganan ditamatkan lebih awal sebelum tamat kontrak.

Unifi Plus Box tidak ditawarkan kepada pelanggan Unifi Home Lite dan Streamyx kerana menurut TM, ia memerlukan sambungan internet berkelajuan tinggi.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan Unifi Plus Box, boleh melanggan mana-mana pelan Unifi Home bersama pek TV Ultimate menerusi Live Chat, laman web Unifi, cawangan TM Point dan mana-mana pengedar sah TM di seluruh Malaysia.

Semak maklumat lanjut di laman web Unifi Plus Box.