• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jam Honor dengan kulit asli akan tiba di Malaysia pada 20 Januari

  • OLEH Najib
  • 6:07 pm
  • 16/01/2020
  • Komen
Jam Honor dengan kulit asli akan tiba di Malaysia pada 20 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah melancarkan jam pintar Honor MagicWatch 2 pada bulan Disember lepas. Pada waktu itu, hanya satu warna sedia untuk dibeli pengguna. Kini mereka mengumumkan warna kedua, boleh didapati bermula 20 Januari 2020.

Honor MagicWatch 2 berwarna Flax Brown adalah warna pilihan kedua selepas warna Charcoal Black. Talinya berwarna coklat, diperbuat dari kulit asli bersama muka jam diperbuat dari besi tahan karat dengan bingkai berwarna hitam, memberikannya rupa lebih premium.



Kerana itu, harganya juga RM50 lebih mahal dari Charcoal Black. Honor MagicWatch 2 berwarna Flax Brown dijual pada harga RM749 manakala Charcoal Black berharga RM699. Tetapi Honor turut memberikan tali jam berwarna hitam yang kalis air dan boleh digunakan untuk menggantikan tali kulit asli.

Jam pintar Honor MagicWatch 2 dikuasakan oleh cip Kirin A1 yang memberikan kuasa prestasi lebih tinggi dengan penggunaan tenaga yang rendah. Kerana itu, jam ini boleh digunakan sehingga 14 hari tanpa dicaj semula.



Skrinnya berukuran 1.39-inci dari jenis AMOLED, membenarkan skrin untuk hidup sepanjang masa 24/7. Muka jam ini boleh ditukar mengikut kegemaran pengguna, memaparkan pelbagai maklumat yang diingini.

Sebagai jam pintar, ia turut memiliki fungsi kecergasan seperti pengesan denyutan nadi, penjejak langkah, pemantau waktu tidur, serta GPS terbina di dalam. Ini fungsi menarik yang digemari oleh peminat larian jogathon dan marathon.

Dengan keupayaan kalis air sehingga 50 meter kedalaman, ia turut boleh digunakan semasa berenang untuk memantau aktiviti kecergasan di dalam air. Selain itu, ia juga memiliki storan dalaman yang boleh menyimpan lagu dan dimainkan tanpa sambungan ke telefon.

Jika anda berminat dengan jam pintar yang memiliki hayat yang panjang ini, jangan lupa tandakan tarikh 20 Januari 2020. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman HiHonor.

Tags: honorhonor magicwatch 2
Najib

Najib

POPULAR

Jam Honor dengan kulit asli akan tiba di Malaysia pada 20 Januari

Jam Honor dengan kulit asli akan tiba di Malaysia pada 20 Januari

16 January 2020
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER