• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MWC 2020: Sony Xperia 5 Plus dijangka muncul di MWC

  • OLEH Najib
  • 1:10 pm
  • 17/01/2020
  • Komen
MWC 2020: Sony Xperia 5 Plus dijangka muncul di MWC
Share on FacebookShare on Twitter

Sony tidak mengumumkan sebarang model baru telefon pintar mereka semasa pameran CES yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada awal bulan ini. Tetapi kini mereka memecahkan kebuntuan itu selepas ditemui telah mengedarkan jemputan ke majlis pelancaran Sony Xperia yang akan diadakan di pameran MWC di Barcelona, Sepanyol pada hujung bulan Februari.

Jemputan itu menyatakan, majlis pelancaran tersebut akan diadakan di reruai Sony di dalam pameran MWC, pada hari Isnin, 24 Februari 2020. Orang ramai boleh turut sama menonton majlis pelancaran ini menerusi siaran langsung di saluran YouTube Sony Xperia. Majlis ini bermula pada pukul 8.30am di Barcelona, bersamaan dengan pukul 3.30pm di Kuala Lumpur.



Sony masih belum menyatakan apakah telefon yang akan dilancarkan, tetapi beberapa khabar angin telahpun tersebar sebelum itu. Salah satunya dari pembocor berita terkenal @OnLeaks. Menurut beliau, salah satu model yang akan dilancarkan nanti ialah Sony Xperia 5 Plus.

OnLeaks telah berkongsi gambaran Sony Xperia 5 Plus yang dihasilkan dari maklumat yang beliau terima. Telefon ini memiliki skrin rata OLED yang tinggi, berukuran 6.6-inci bersama dua pembesar suara stereo. Di hadapan, terdapat kamera 8MP manakala di belakang dipasang dengan 3 kamera bersama sensor Time-of-Flight (ToF).



Sony dilihat masih tidak menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin kerana ianya masih terletak di sisi telefon, digabungkan bersama butang kuasa. Selain itu, telefon ini masih mengekalkan jek audio 3.5mm di atas telefon.

Bagaimanapun, nama Sony Xperia 5 Plus ini masih belum ditetapkan dan ia mungkin berubah kelak. Sony dijangka akan menggunakan cip Snapdragon terbaru dengan modem 5G terbina di dalamnya, seperti Snapdragon 865 dan Snapdragon 765 untuk telefon pintar yang akan dilancarkan semasa MWC kelak.

Kami akan berada di pameran MWC 2020 di Barcelona dan akan membawakan berita secara langsung dari sana. Terus ikuti kami untuk mendapatkan berita terkini dari Sony serta peserta MWC yang lain.

Sumber: XDA, Slashleaks

Tags: MWC 2020SonySony Xperia 5 Plus
Najib

Najib

POPULAR

MWC 2020: Sony Xperia 5 Plus dijangka muncul di MWC

MWC 2020: Sony Xperia 5 Plus dijangka muncul di MWC

17 January 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN