Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Harga Black Shark 2 jatuh menjunam

Kepada peminat permainan video di telefon pintar, jika anda mencari telefon gaming dengan bajet di bawah RM2,000, anda kini boleh mendapatkan telefon pintar Black Shark 2. Harga rasmi untuk peranti ini kini telah menjunam sehingga RM1,200 lebih murah dari harga asalnya.

Penjual telefon terkemuka, DirectD telah memuat naik harga baru untuk set rasmi Black Shark 2 bermula dari RM1,599 (sebelum ini RM2,499) yang datang dengan RAM 8GB dan storan 128GB, serta RM1,799 (sebelum ini RM2,999) dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Ia adalah set rasmi dengan jaminan 1-tahun menerusi pusat servis sah Black Shark.

Apabila disemak di stor rasmi Black Shark di Shopee, ia meletakkan harga yang lebih rendah. Versi RAM 8GB dan storan 128GB dijual pada harga RM1,559 manakala dengan RAM 12GB dan storan 256GB pula hanya RM1,779.

Black Shark 2 merupakan telefon pintar gaming dengan skrin AMOLED 6.39-inci HD penuh dan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855. Skrinnya hanya memiliki resfresh rate 60Hz tetapi menyokong ungsi 3D Touch yang boleh digunakan semasa bermain game. Skrin ini juga memiliki DPS setinggi 240Hz.

Kamera di belakangnya ada dua, gandingan kamera utama 28MP dan kamera telefoto 12MP manakala di hadapan hanya satu kamera 20MP. Baterinya sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 27W melalui USB-C. Pembesar suaranya stereo tetapi tiada jek audio 3.5mm.

Jika anda lebih berminat dengan peranti berkuasa Snapdragon 855+ dengan harga tidak melampau, Asus Malaysia baru-baru ini mengumumkan ketibaan Asus ROG Phone II Strix Edition. Ia memiliki kuasa Snapdragon 855+, RAM 8GB, storan 128GB bersama skrin AMOLED dengan refresh rate 120Hz.

Sumber: DirectD

BACA  Ikhlas oleh AirAsia, sediakan servis Akikah di dalam dan luar negara