• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Berjual beli di Carousell kini lebih selamat dengan sistem perlindungan Carousell Protection

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 22/01/2020
  • Komen
Berjual beli di Carousell kini lebih selamat dengan sistem perlindungan Carousell Protection
Share on FacebookShare on Twitter

Carousell merupakan salah satu platform jual beli barang, terutama sekali barangan terpakai. Cara penggunaannya yang mudah membuatkan ramai tertarik menggunakan Carousell untuk menjual barangan secara kecil-kecilan.

Bagi menambah keyakinan pengguna untuk menggunakan Carousell dengan selamat, mereka kini memperkenalkan Carousell Protection. Ia adalah kaedah pembayaran yang memberi jaminan terhadap pembeli dan penjual.



Selama ini pengguna Carousell terpaksa berurusniaga secara terus, samada bersemuka dan membayar tunai atau membuat pembayaran dalam talian dan menunggu ia diposkan. Tetapi dengan Carousell Protection, pembeli kini dapat membayar secara langsung di dalam aplikasi untuk membeli barangan.

Wang pembayaran hanya akan disalurkan kepada penjual selepas mendapat pengesahan daripada pembeli bahawa barangan berjaya diterima dan sama seperti yang diiklankan; membolehkan pembeli berurusan tanpa risau. Pada masa yang sama, penjual juga boleh berurusniaga dengan lebih yakin di pasaran dengan mengaktifkan Carousell Protection untuk iklan mereka, kerana ia memastikan pembeli memberikan komitmen penuh. Ketelusan kaedah pembayaran yang disediakan oleh Carousell Protection memudahkan pengurusan resolusi pertikaian antara kedua-dua pihak, sekiranya timbul sebarang isu.



Untuk masa ini, Carousell Protection telah tersedia untuk kategori Fashion dan Health & Beauty, iaitu antara kategori-kategori di Carousell yang paling popular dan pantas bergerak. Carousell Protection akan dilancarkan untuk kesemua kategori yang lain pada masa ke semasa pada tahun 2020.

Untuk mengetahui cara penggunaan Carousell Protection dengan lebih lanjut, layari laman penerangan Carousell Protection di sini.

Tags: CarousellCarousell Protection
Najib

Najib

POPULAR

Berjual beli di Carousell kini lebih selamat dengan sistem perlindungan Carousell Protection

Berjual beli di Carousell kini lebih selamat dengan sistem perlindungan Carousell Protection

22 January 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN