• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fujifilm Perkenal X-T200, Lebih Ringan Dan Lebih Berkuasa Daripada Sebelumnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:06 pm
  • 23/01/2020
  • Komen
Fujifilm Perkenal X-T200, Lebih Ringan Dan Lebih Berkuasa Daripada Sebelumnya
Share on FacebookShare on Twitter

Fujifilm mengumumkan ahli baru dalam keluarga X-T mereka dengan pengenalan X-T200. Ada beberapa penambahbaikan yang dibawakan mereka berbanding X-T100 yang sudahpun berada dalam pasaran sejak 2018.

Walau masih gunakan sensor 24.2MP, walaupun bilangan pikselnya sama seperti sebelumnya, sedikit perubahan dilakukan pada jenis konduktor yang digunakan di atasnya untuk berikan prestasi perpindahan data 3.5x lebih pantas dan memperluas keupayaan ISO kepada 25,600.



Tapi, perubahan paling ketara adalah pada sistem autofokus-nya. Untuk memastikan kamera ini kompeten dalam tahun 2020, piksel pengesanan fasa telah dipertingkat daripada 16 ribu hingga 140 ribu. Piksel-piksel ini bertebaran diseluruh sensor kamera untuk berikan keupayaan autofokus yang lebih baik. Ia juga membolehkan fungsi tangkapan selanjar dipertingkat kepada 8 bingkai sesaat berbanding 6 bingkai sebelum ini.

Jika anda gunakan X-T200 untuk videografi, ia kini mampu merakam video 4K sehingga 30fps tanpa sebarang crop. Dalam resolusi 1080p, ia boleh pergi sehingga 120fps untuk kegunaan slow-mo.



Panel paparan belakang yang boleh dikelas ke sisi sangat berguna, lebih-lebih lagi untuk anda yang akan ber-vlogging. Lebih bagus, ada port USB-C dan audio 3.5mm untuk kegunaan anda.

Di A.S, kamera ini dijual pada harga bermula USD700 (RM2,849) dan boleh dibeli dalam bulan Februari 2020.

Sumber: Fujifilm

Tags: fujifilmfujifilm xfujifilm x-t200
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Fujifilm Perkenal X-T200, Lebih Ringan Dan Lebih Berkuasa Daripada Sebelumnya

Fujifilm Perkenal X-T200, Lebih Ringan Dan Lebih Berkuasa Daripada Sebelumnya

23 January 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN