• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Operasi Polis Langkawi bertambah maju dengan penyelesaian 5G Celcom

  • OLEH Najib
  • 4:39 pm
  • 23/01/2020
  • Komen
Operasi Polis Langkawi bertambah maju dengan penyelesaian 5G Celcom
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom terus memperkasa penyelesaian 5G di Pulau Langkawi dengan eksplorasi tujuh kes kegunaan 5G yang meliputi Bandar Pintar dan penyelesaian Industri 5G. Kes kegunaan 5G tersebut dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi dan pihak berkuasa tempatan daripada pelbagai industri, dengan menyasarkan penambahbaikan operasi harian melalui teknologi 5G.

Baru-baru ini, Celcom telah menjayakan penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G yang dijalankan melalui kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi (PDRM) dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan (MPLBP). Terdapat sembilan kamera video panorama masa nyata 360⁰ UHD 4K digunakan, di empat lokasi sepanjang Jalan Pantai Cenang dan dua lokasi di Dataran Cenang, Langkawi.



Dengan penyelesaian 5G Celcom ini yang disediakan bersama keupayaan Kepintaran Buatan (AI) dan analisa video, pemantauan masa nyata dan kualiti video definisi tinggi berupaya untuk membuat pengecaman wajah untuk mengenal pasti suspek, analisa rakan jenayah yang berpotensi, pengesanan automatik pelangganan peraturan lalu lintas serta rakaman nombor plat dan mengenal pasti pemilik kenderaan.

Dalam Projek Demonstrasi 5G Langkawi (5GDP) baru-baru ini, Penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G Celcom telah disaksikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Jamil Rakon dan Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak; di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, di Kuah.



Acara tersebut turut disertai oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Amiruddin Hamzah; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Eddin Syazlee Shith; Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Muhammad Azlee Abdullah; Timbalan Pengarah 1, Sumber Strategik dan Teknologi PDRM, Dato’ Sahabudin Abd Manan; ADUN Kuah, Mohd Firdaus Ahmad; Pengerusi Celcom Axiata Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi dan Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim.

Eksplorasi Celcom dalam penyelesaian 5G meliputi Geo-fencing & Smart Perimeters, Imbangan Awam Pintar (Kawalan Orang Ramai), Penstriman Pandangan Panorama 360 Langsung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dan Akses Tetap Tanpa Wayar. Rangkaian 5G Celcom di Langkawi dijalankan di tujuh lokasi berlainan menggunakan teknologi 5G New Radio yang menampilkan spektrum C-band, Massive Multiple-Input and Multiple-Output (MIMO 64T64R) melalui teknologi 5G Customer Premise Equipment (CPE).

Tags: 5gcelcompdrm
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Operasi Polis Langkawi bertambah maju dengan penyelesaian 5G Celcom

Operasi Polis Langkawi bertambah maju dengan penyelesaian 5G Celcom

23 January 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER