Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Ini gambar keluarga Galaxy S20 paling jelas

Setelah pelbagai maklumat dikongsi dan gambaran dihasilkan, kini muncul pula gambar rasmi berkenaan keluarga Samsung Galaxy S20. Gambar ini didedahkan oleh pembocor berita bersiri, Roland Quandt menerusi laman web WinFuture.

Menurut Roland, beliau telah menerima gambar rasmi untuk promosi siri Galaxy S20. Dari situ, beliau berkongsi kesemua gambar yang diperolehi iaitu tiga warna Galaxy S20, dua warna Galaxy S20+ dan dua warna Galaxy S20 Ultra.

Secara ringkas, Galaxy S20 memiliki tiga kamera belakang manakala Galaxy S20+ akan ada empat kamera belakang. Galaxy S20 Ultra juga menggunakan empat kamera belakang dengan tambahan kuasa kamera Space Zoom 100x. Dipercayai ia merujuk kepada keupayaan zum digital 100x yang akan terdapat padanya.

Samsung Galaxy S20 Ultra akan datang dalam dua pilihan warna, Cosmic Gray dan Cosmic Black. Untuk Galaxy S20+, terdapat dua warna yang sama disediakan iaitu Cosmic Gray dan Cosmic Black. Bagi Galaxy S20 pula, ia akan diberikan warna yang sedikit berbeza iaitu Cosmic Gray, Cloud Blue dan Cloud Pink.

Sebelum ini, Ishan Agarwal telah berkongsi tentang spesifikasi siri Galaxy S20. Kesemuanya akan menggunakan skrin Dynamic AMOLED, Infinity-O 120Hz, dengan saiz 6.9-inci untuk Galaxy S20 Ultra, 6.7-inci bagi Galaxy S20+ dan 6.2-inci di Galaxy S20. Dengan perbezaan saiz skrin, ia juga membezakan kapasiti bateri iaitu 5,000mAh bagi Galaxy S20 Ultra, 4,500mAh untuk Galaxy S20+ dan 4,000mAh di Galaxy S20.

Satu lagi perbezaan ketara adalah di kamera. Galaxy S20 dan Galaxy S20+ akan dilengkapi kamera utama 12MP, kamera telefoto 64MP (3x zum optikal dan 30x zum digital) dan kamera ultra lebar 12MP. Galaxy S20+ akan ditambah satu lagi kamera iaitu kamera ToF. Kamera hadapan pula 10MP.

BACA  ATM beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Kamera untuk Galaxy S20 Ultra pula ialah kamera utama 108MP, kamera telefoto 48MP (10x zum optikal dan 100x zum digital), kamera ultra lebar 12MP dan kamera ToF. Kamera hadapannya pula 40MP. Kesemua siri Galaxy S20 berupaya merakam video 8K 30FPS di belakang dan 4K 60FPS di hadapan.

Kamera Space Zoom 100x di Galaxy S20 Ultra

Dengan begini, boleh dikatakan semua maklumat berkenaan keluarga Galaxy S20 telah lengkap disebarkan. Apa yang tinggal hanyalah harga jualannya dan tarikh mula jualan. Adakah mungkin terdapat kesilapan dalam maklumat yang tersebar ini? Mengikut sejarah sebelum ini, ia boleh dikatakan 99% tepat.

Bagaimana, sudah tertarik dengan rupa dan spesifikasi telefon Galaxy S20? Mungkinkah ini telefon baru milik anda tahun ini. Kita nantikan majlis pelancaran Galaxy Unpacked pada 11 Februari 2020.

Sumber: WinFuture, 91Mobile