• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P40 Pro akan diperkenal dalam versi standard dan premium

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 24/01/2020
  • Komen
Huawei P40 Pro akan diperkenal dalam versi standard dan premium
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas kita menerima perkhabaran tentang bagaimana rupa telefon pintar Huawei P40 Pro. Rupa-rupanya Huawei ada perancangan untuk memperkenalkan satu lagi model yang lebih baik dari versi Pro ini. Sekali lagi, maklumat ini dibawakan oleh pembocor berita @evleaks.

Sebenarnya, @evleaks telah berkongsi model tersebut minggu lepas dan ia akan dikenali sebagai Huawei P40 Pro Premium Edition (PE). Baru-baru ini, beliau berkongsi pula tentang rupa Huawei P40 Pro.



Huawei P40 Pro PE (atas) dan Huawei P40 Pro (bawah)

Perbezaan antara versi Pro dan Pro PE sebenarnya agak ketara. Sementara versi Pro PE dipasang dengan lima kamera belakang, versi Pro pula hanya ada empat kamera belakang. Selain itu, versi Pro memiliki badan yang lebih besar, menandakan versi Pro PE akan memiliki skrin yang lebih kecil.

Jika gambar ini diteliti dengan lebih dekat, kita dapat juga melihat perbezaan julat fokal dan bukaan apertur kamera belakang untuk kedua-dua model ini. Di sebelah jenama LEICA, terdapat beberapa nombor yang menceritakan spesifikasi teknikal kamera ini.



Huawei P40 Pro (kiri) dan Huawei P4 Pro PE (kanan)

Bagi P40 Pro, ia dilengkapi lensa VARIO-SUMMILUX-H 1:1.8-3.4/18-125 ASPH. Bermakna, ia akan memiliki bukaan apertur dari F1.8 hingga F3.4 serta jarak fokal dari 18 hingga 125mm.

Di P40 Pro PE pula, ia menggunakan lensa VARIO-SUMMILUX-H 1:1.8-4.0/18-240 ASPH. Ini menunjukkan bukaan apertur dari F1.8 hingga F4.0, serta jarak fokal dari 18 hingga 240mm.

Dari nilai ini, dijangka P40 Pro akan mengekalkan zum yang sama dengan P30 Pro iaitu zum optikal 5x dan zum digital 100x. Manakala P40 Pro PE akan datang dengan zum lebih tinggi, dijangka zum optikal 10x dan zum digital 100x.

Rupa penuh Huawei P40 Pro PE

Maklumat lain yang turut dikongsikan adalah, badan P40 Pro PE akan menggunakan bahan seramik, seperti yang digunakan Samsung di Galaxy S10+ 512GB dan 1TB. Dari sini, dapat dilihat bahawa Huawei P40 Pro mahu bersaing dengan telefon Samsung Galaxy S20 Ultra yang memiliki kamera utama 108MP dan kamera telefoto 48MP dengan keupayaan zum digital 100x.

Huawei masih belum mengumumkan bila ia akan melancarkan siri P yang terbaru tahun ini. Memandangkan Samsung akan melancarkan siri S pada 11 Februari, dijangka Huawei akan memperkenalkan telefon terbaru mereka tidak lama selepas itu. Mungkin di pameran MWC 2020 yang akan diadakan pada penghujung Februari.

Sumber: @evleaks

Tags: Huaweihuawei p40huawei p40 proHuawei P40 Pro PE
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei P40 Pro akan diperkenal dalam versi standard dan premium

Huawei P40 Pro akan diperkenal dalam versi standard dan premium

24 January 2020
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER