• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Galaxy A51 dan Galaxy A71 didedah, satu kekal satu lebih murah

  • OLEH Najib
  • 4:51 pm
  • 28/01/2020
  • Komen
Harga Galaxy A51 dan Galaxy A71 didedah, satu kekal satu lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Samsung telah melancarkan Galaxy S10 Lite dan Galaxy Note 10 Lite di peringkat antarabangsa, ia masih belum disenaraikan di laman web Samsung Malaysia. Tetapi anggaran harga untuk Galaxy Note 10 Lite telah kita ketahui.

Berbeza pula dengan Galaxy A51 dan Galaxy A71. Dua telefon dari siri Galaxy A ini telah diperkenal oleh BlackPink di Jakarta awal bulan ini, dan ia telah disenaraikan di laman web Samsung Malaysia. Bermakna, ia akan dijual tidak lama lagi di sini.



Sementara menunggu pengumuman rasmi Samsung Malaysia, kami telah menerima khabar berkenaan harga jualan untuk dua model terbaru Samsung ini. Menariknya, satu model diberi harga lebih rendah dari model sebelumnya, manakala satu lagi kekal sama.

Laman MDroid sekali lagi mendedahkan harga untuk Galaxy A51 dan Galaxy A71 di Malaysia, selepas memberitahu berkenaan harga Galaxy Note 10 Lite. Menurut mereka, Galaxy A71 yang menggantikan Galaxy A70, diberi tanda harga RM200 lebih murah iaitu RM1,799. Bagi Galaxy A51 yang menggantikan tempat Galaxy A50s, ia kekal berharga RM1,299.



Galaxy A51 dan Galaxy A71 yang baru ini menawarkan skrin dan bateri lebih besar, bersama empat kamera belakang. Galaxy A51 akan datang dengan skrin berlubang sebesar 6.5-inci HD Penuh dari jenis Super AMOLED. Skrin yang sama juga diberikan kepada Galaxy A71 tetapi dengan saiz lebih besar, berukuran 6.7-inci.

Galaxy A71 memiliki kuasa pemproses Snapdragon 730 bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Ia disertakan bateri 4,500mAh dan pengecas pantas 25W melalui USB-C. Di belakang, ia ada empat kamera gandingan kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera potret 5MP F2.2 dan kamera makro 5MP F2.4. Kamera hadapannya ialah kamera 32MP F2.2.

Galaxy A71

Di Galaxy A51 pula, ia masih menggunakan pemproses yang sama dengan Galaxy A50s, iaitu Exynos 9611. RAM sebanyak 8GB diberikan bersama storan 128GB. Ia memuatkan bateri 4,000mAh di dalam dan menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C.

Empat kamera di belakangnya ialah kamera utama 48MP F2.0, kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera potret 5MP dan kamera makro 5MP. Kamera hadapan di dalam lubang kecil pula ialah kamera 32MP F2.2.

Galaxy A51

Jika tepat harga ini, ia boleh memberikan saingan kepada jenama dari China. Walaupun spesifikasinya tidak sebaik yang lain, tetapi jenama Samsung dilihat lebih premium di samping kedua-dua model ini, dilihat akan menyokong Samsung Pay kerana disenaraikan bersama NFC di SIRIM.

Sumber: MDroid

Tags: samsungSamsung Galaxy A51Samsung Galaxy A71
Najib

Najib

POPULAR

Harga Galaxy A51 dan Galaxy A71 didedah, satu kekal satu lebih murah

Harga Galaxy A51 dan Galaxy A71 didedah, satu kekal satu lebih murah

28 January 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN