• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan RM200 wangkripto Bitcoin pada harga RM8.88 sahaja di Shopee

  • OLEH Najib
  • 5:56 pm
  • 30/01/2020
  • Komen
Dapatkan RM200 wangkripto Bitcoin pada harga RM8.88 sahaja di Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda hendak cuba mula menyimpan wang digital, anda boleh dapatkan tawaran eksklusif Luno dan Shopee sekarang. Mereka mengumumkan satu kerjasama yang menyediakan tawaran menarik, diskaun serta baucer untuk membeli wangkripto di Shopee.

Luno adalah platform pertukaran wangkripto pertama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Pengguna boleh membeli, menjual dan menyimpan wangkripto seperti Bitcoin dan Ethereum di Luno.



Bagi menggerakkan kesedaran orang ramai untuk mula mengenali wangkripto, Luno menggunakan platform e-dagang Shopee yang memiliki ramai pengguna dengan menawarkan baucer dari serendah RM0.88. Tawaran paling menarik yang diberikan ialah baucer Bitcoin bernilai RM200 pada harga RM8.88.

Jika anda telah membeli baucer tersebut, ia boleh ditebus menerusi aplikasi Luno dengan memasukkan kod tersebut di ruangan Rewards. Senarai penuh tawaran Luno di Shopee adalah seperti berikut:



Pengguna Baru

  • Baucer Bitcoin RM200 – RM8.88 (Beli RM1,000 Bitcoin di Luno, terima RM200 Bitcoin percuma)
  • Baucer Bitcoin RM30 – RM3.88 (Beli RM100 Bitcoin di Luno, terima RM30 itcoin percuma)
  • Baucer Bitcoin RM15 – RM0.88 (Beli RM15 Bitcoin di Luno, terima RM15 Bitcoin percuma)

Pengguna Sedia Ada

  • RM200 Bitcoin voucher – RM189.98
  • RM100 Bitcoin voucher – RM93.88

Untuk pengguna baru, terdapat beberapa syarat dan terma yang perlu dipenuhi. Maklumat peribadi perlu disahkan terlebih dahulu, manakala kod baucer mesti dimasukkan sebelum membuat deposit ke dalam dompet MYR. Untuk baucer dengan pembelian minima, pembelian perlu dibuat menerusi Luno BUY di skrin utama. Baucer ini tidak boleh digunakan di Luno Exchange.

Berminat untuk mendapatkan tawaran Luno ini? Segera layari Stor Rasmi Luno di Shopee sekarang. Untuk makluman anda, 1 Bitcoin berharga RM 37,350 pada hari ini, 30 Januari 2020. Untuk RM200, anda akan menerima 0.00535475 Bitcoin.

Sumber: FinTechNews

Tags: bitcoinLunoShopee
Najib

Najib

POPULAR

Dapatkan RM200 wangkripto Bitcoin pada harga RM8.88 sahaja di Shopee

Dapatkan RM200 wangkripto Bitcoin pada harga RM8.88 sahaja di Shopee

30 January 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN