Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Satu lagi telefon 5G daripada Oppo lulus pengesahan SIRIM

Tahun 2020 adalah tahun ketibaan 5G untuk Malaysia. Oppo Malaysia nampaknya tidak mahu mengambil masa yang lama untuk mendaftarkan telefon 5G kedua mereka. Bulan lepas, Oppo telah mendaftar telefon Reno 5G dan kini, satu lagi telefon ditemui telah disahkan oleh SIRIM.

Dua telefon pintar Oppo dilihat telah menerima pengesahan SIRIM, satu pada 23 Januari dan satu lagi pada 1 Februari 2020. Telefon ini menggunakan nombor model CPH2023 dan CPH2025, satu darinya menyokong sehingga 4G dan satu lagi dengan sokongan 5G.

Carian di internet menunjukkan, CPH2023 merujuk kepada model Oppo Find X2 dengan sokongan 4G LTE. Manakala CPH2025 pula ialah Oppo Find X2 Pro dengan sokongan 5G (700MHz & 3500MHz). Kedua-dua model telefon ini memiliki NFC dan menyokong dua kad SIM. Malah, ia turut disenaraikan dengan WiFi 6.

Selain dari SIRIM, kedua-dua model telefon ini telah menerima pengesahan WiFi Alliance serta lulus pengesahan di Thailand.

Siri Find adalah peranti kelas flagship bagi telefon pintar yang dihasilkan Oppo. Bagi Find X2, ia dijangka akan dilengkapi kuasa Snapdragon 865 dengan sokongan 5G untuk versi Pro, serta menyokong pengecasan pantas 65W.

Naib Presiden Oppo, Brian Shen telah berkongsi satu maklumat tentang telefon ini. Find X2 memiliki skrin yang terbaik dan bakal menjadi titik perubahan. Khabarnya, Find X2 akan memiliki skrin dengan resolusi QuadHD serta refresh rate 120Hz.

Selain itu, diceritkan telefon ini akan menggunakan sensor kamera Sony 48MP, bersama kamera ultra lebar dan kamera telefoto 13MP dengan kuasa 5x zum hibrid.

BACA  Sugu Pavithra tekan butang "reset", semua video di saluran YouTube hilang