• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Malaysia perkenal Galaxy A30s dengan storan berganda

  • OLEH Najib
  • 10:25 am
  • 10/02/2020
  • Komen
Galaxy A30s & A50s Masuki Malaysia Pada Harga Bermula RM899
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Galaxy A dari Samsung semakin mendapat tempat di hati pengguna Malaysia kerana menawarkan prestasi pada harga yang dapat menyaingi pengeluar peranti China. Terbaru, Samsung Malaysia memperkenalkan variasi baru untuk Galaxy A30s sedia ada, dengan storan berganda.

Galaxy A30s yang sebelum ini dilancarkan dengan storan 64GB, kini boleh dimiliki bersama storan 128GB dengan tambahan RM100. Rakyat Malaysia sekarang ada pilihan untuk membeli Galaxy A30s 64GB pada harga RM899, atau Galaxy A30s 128GB dengan harga RM999.



Tiada perbezaan spesifikasi antara variasi 64GB dan 128GB, selain pada storan. Telefon ini dikuasakan oleh pemproses Exynos 7904 bersama RAM 4GB. Ia memiliki skrin Super AMOLED berukuran 6.4-inci tetapi dengan resolusi HD+ sahaja.

Terdapat tiga kamera di belakangnya. Kamera utamanya 25MP dengan kamera kedua ialah kamera ultra lebar 8MP. Kamera ketiga adalah kamera potret 5MP. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan kamera 16MP yang terletak di dalam takuk kecil di atas skrin.



Bateri di dalam sebesar 4,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C. Telefon ini memiliki pengimbas capjari di dalam skrin dan ia turut menyokong pembayaran Samsung Pay, menjadikannya salah satu telefon Samsung termurah dengan Samsung Pay.

Jika mahu peranti Samsung lebih berkuasa, Samsung baru sahaja melancarkan model baru Galaxy A51 dan Galaxy A71. Ia ada awesome skrin, awesome kamera dan bateri tahan lama.

Tags: samsungsamsung galaxy a30s
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Galaxy A30s & A50s Masuki Malaysia Pada Harga Bermula RM899

Samsung Malaysia perkenal Galaxy A30s dengan storan berganda

10 February 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER