Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

2019-nCoV: Sejarah Buktikan Malaysia Mampu Tangani Wabak Berbahaya

Diolah daripada artikel asal oleh Nic Ker

Setakat artikel ini ditulis, sebanyak lebih 42 ribu kes jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) telah direkodkan di seluruh dunia dengan 1,013 kes daripadanya melibatkan kematian.

Teruknya wabak kali ini sehinggakan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakan 2019-nCoV bawah “Darurat Global” dan memantaunya serapat mungkin.

Di Malaysia, kita sudah merekodkan 18 kes dengan 6 kes berlaku kepada warga kita manakala selebihnya warga China. Daripada jumlah tesebut, 3 kes dilaporkan sudah sembuh sepenuhnya.

Sejak kes pertama direkodkan di Wuhan, China, negara kita cuma merekodkan 18 saja berbanding 45 kes di Singapura dan mereka baru saja meningkatkan tahap kesiapsegiaan DORSCON kepada jingga. Bukannya ingin membandingkan tapi ia dilakukan kerana ada segelintir yang mencemuh keupayaan kerajaan Malaysia mendepani 2019-nCoV.

Sumber

Kalau masih ragu-ragu, ini adalah 5 wabak terkenal yang berjaya ditangani Malaysia.

1. Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS)

Koronavirus yang menyebabkan SARS telah membunuh sekurang-kurangnya 774 orang di seluruh dunia awal 2000 lalu. Seperti 2019-nCoV, virus SARS juga dikatakan berpunca daripada kelawar. Persamaan antara mereka tak terhenti di situ, mereka juga diklasifikasikan dalam penyakit zoonotik yang membawa maksud mampu menular merentasi spesies.

Sumber

Pakar tidak menolak kemungkinan orang pertama yang terkena virus ini menerimanya dari pasar basah yang berhampiran ground zero.

Wabak ini pertama kali dikesan dalam bulan November 2002 dan dianggap berjaya dibendung oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) pada Julai 2003. Menurut laporan, sebanyak 8,000 jangkitan direkodkan merentasi 29 negara. Daripada jumlah tersebut, 5 kes daripada Malaysia dan 2 daripadanya adalah kes kematian.

Semasa penularan SARS, Malaysia telah mengenakan sekatan kemasukan pelawat daripada Tanah Besar China, Taiwan, Hong Kong dan Vietnam selama 1 minggu. Kemudian, sekatan itu dilonggarkan kepada China, dan Vietnam sahaja apabila pelawat daripada dua negara ini perlu memiliki sijil kesihatan yang membuktikan mereka bebas SARS sebelum masuki Malaysia.

BACA  Tabung Haji Umum Dividen Pascazakat Sebanyak 3.05% Bagi Tahun Kewangan 2019

Walau bagaimanapun, kesan sekatan tersebut menyaksikan penurunan pelancong yang melawat Malaysia sebanyak 20.5% dalam tahun 2003. Namun, ia adalah langkah yang dirasakan perlu diambil pihak Kerajaan Malaysia pada ketika itu apabila meletakkan kepentingan membendung penularan lebih tinggi daripada keuntungan sektor pelancongan tahun tersebut.

2. Selesema Burung/Influenza A (H1N1)

Sekitar tahun 2010, ada penularan selesema yang berbahaya berlaku di Malaysia. Influenza A (H1N1) ataupun lebih dikenali sebagai Selesema Burung dikesan bermula di Mexico dan kes pertama jangkitannya di Malaysia direkodkan dalam bulan Mei 2009.

Sumber

Dipihak Kerajaan Malaysia, mereka diletakkan dalam mode berjaga-jaga dan mengambil langkah menutup sekolah sebagai salah satu langkah membendung. Sehingga Jun 2010, H1N1 telah menjangkiti hampir 15,000 orang dan meragut 88 nyawa saudara kita.

10 tahun selepas ke pertama direkodkan, masih ada jangkitan baru H1N1 berlaku di Malaysia. 8 kanak-kanak dari Sabah positif H1N1 malahan, anda yang sedang membaca artikel ini turut terdedah dengan bahaya H1N1. The Center for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat mengesahkan yang vaksin 2009 H1N1 kini boleh didapati dan menyarankannya kepada:

  • Wanita mengandung
  • Penjaga yang menjaga kanak-kanak 6 bulan ke bawah
  • Staf kesihatan dan kecemasan
  • Penghidap sakit kronik

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan ada Pelan Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Kebangsaan (NIPPP) untuk membantu mereka mengelolakan tindak balas apabila berlaku wabak yang berkaitan influenza. Dalam pada masa yang sama, mereka juga mengadakan saringan kesihatan untuk individu yang datang dari dan pergi ke Mexico di KLIA.

3. Virus Nipah

Jangkitan pertama Virus Nipah direkodkan dalam bulan September 1998 dan kebanyakan kes dipercayai disebabkan sentuhan terus dengan babi yang mengehoskan virus ini. Antara September 1998 hingga Mei 199, sebanyak 265 kes dilaporkan dengan 105 kematian. Virus ini hampir melumpuhkan industri perladangan babi negara.

BACA  Kenapa KKM Kata Yang Kit Ujian COVID-19 MyEG Palsu, Sedangkan Penjualnya Katakan Tak?
Sumber

Pada awalnya, pihak berkuasa Malaysia mengaitkan wabak ini dengan Japanese Encephalitis (JE) kerana simptom yang ditonjolkan pesakit sangat mirip antara keduanya. Tapi disebabkan langkah pembendung yang berjaya semasa JE tidak berjaya pada wabak ini, kita berjaya menemui strain virus baru yang diekstrak daripada sampel Sungai Nipah. Sebab itu namanya ialah Virus Nipah.

Virus Nipah telah meragut 89 nyawa daripada 180 jangkitan. Sehingga tahun 2010, penternakan babi telah diharamkan di Bukit Pelandok, tempat kes JE terbanyak dilaporkan. Kebanyakan pengusaha telah berpindah kepada perladangan sawit dan cempedak.

4. Demam Malaria

Demam Malaria adalah masalah yang berlarutan sejak sekian lama di Malaysia. Kita ada Pelan Strategik Kebangsaan untuk Pembasmian Malaria hasil garapan pakar bersama kerajaan Malaysia dengan harapan untuk melenyapkan terus Malaria daripada Semenanjung Malaysia sebelum 2015 dan Sabah/Sarawak sebelum 2020.

Sumber

Tapi, kita berjaya mencapainya 2 tahun lebih awal daripada jadual. Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan yang Malaysia telah berjaya capai “zero indigenous human malaria cases”, satu pencapaian yang sangat dibanggakan.

5. Sindrom PernafasanTimur Tengan (MERS-CoV)

MERS juga tergolong dalam kategori Koronavirus. Kes pertama Malaysia direkodkan dalam bulan Januari 2018 apabila seorang lelaki 55 tahun pulang daripada haji dikesan positif MERS. Sejurus dikesan, Kementerian Kesihatan terus memeriksa 70 individu yang ada kaitan dengan individu tersebut.

Sumber

Sebanyak 2 kes MERS direkodkan di Malaysia dan mujurlah tiada kematian direkodkan.

Jangan Panik, Tapi Berjaga-jaga

Sungguhpun 2019-nCoV adalah wabak yang perlu ditakuti, panik tanpa sebab adalah sesuatu yang merugikan diri dan orang lain. Berdasarkan rekod-rekod sebelum ini, kita boleh berasa yakin yang Kerajaan Malaysia miliki cukup pengalaman untuk menangani wabak kali ini kerana kita mematuhi piawaian antarabangsa.

BACA  Semak cara mendapatkan 1GB data percuma dan inisiatif percuma lain sepanjang PKP di sini

Seorang pegawai daripada WHO baru-baru ini memuji pihak berkuasa Malaysia pada segi pengurusan penularan 2019-nCoV. Dr. Lo Ying-Ru, wakil WHO ke Malaysia, Brunei, dan Singapura menyatakan yang pihak berkuasa kita berprestasi cemerlang, lebih-lebih lagi untuk ketelusan yang ditonjolkan terhadap orang awam

Oleh sebab itu, kita diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu, terutamanya yang boleh mencemarkan imej pihak berkuasa tempatan. Sebab saya katakan sedemikian adalah jika kita rujuk pada sejarah, keupayaan Malaysia dalam menangani wabak adalah tinggi.