• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Butang Emergency di APP bantu penumpang Grab selamatkan diri

  • OLEH Najib
  • 6:12 pm
  • 11/02/2020
  • Komen
Butang Emergency di APP bantu penumpang Grab selamatkan diri
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang penumpang wanita yang menggunakan perkhidmatan Grab di Jakarta, Indonesia untuk bertemu temannya, menjalani detik mencemaskan apabila kenderaan Grab yang dinaikinya tidak menuju ke lokasi yang dipinta. Dalam situasi tersebut, beliau menggunakan butang kecemasan “Emergency” di dalam aplikasi Grab untuk mendapatkan bantuan.

Perkara ini diceritakan semula oleh pengguna akaun instagram @tiannnwu dan dikongsikan di twitter @mlleraysa. Menggunakan fungsi story di Instagram, tiannwu menulis cerita dari awal beliau menaiki Grab, sehinggalah beliau menerima bantuan, selepas menggunakan butang kecemasan “Emergency” di dalam aplikasi Grab.



Beliau pada mulanya memesan Grab untuk pergi ke dua lokasi. Pertama ke pejabatnya di Dharmawangsa untuk mengambil kawan dan seterusnya ke Ekspo Perkahwinan di ICE BSD. Pemandu Grab yang menerima pesanan, dari awal dilihat telah berkelakuan ganjil. Pesanan Grab diterima tetapi kenderaan dilihat tidak bergerak selama 5 minit, tetapi muncul tiba-tiba selepas 15 minit.

Selepas menaiki kenderaan, kereta sepatutnya berpatah balik menuju ke lokasi pertama tetapi pemandu membawa kenderaan berjalan terus. Apabila dipersoal, pemandu menjawab beliau hanya menuruti aplikasi navigasi. Perjalanan semakin pelik kerana ia terus menuju arah yang semakin jauh kemudian memasuki lebuhraya.



Rasa curiga beliau naik mendadak apabila mendengar bunyi panggilan dari walkie talkie di dalam kenderaan. Beliau terus meminta pemandu Grab agar berpatah balik dan menuju ke lokasi yang sepatutnya tetapi tidak diendahkan.

Beliau kemudian teringat terdapat butang kecemasan “Emergency” di dalam aplikasi Grab lantas menekannya. Ia membawa beliau bercakap dengan pusat khidmat pelanggan Grab. Dari situ, beliau meminta bantuan dan bertanyakan sama ada operator yang menjawab panggilan mengetahui lokasinya. Operator tersebut menjawab ya dan akan menghantar petugas Grab untuk membantu.

Pemandu Grab yang panik memberhentikan kenderaan dan menyuruh beliau turun di tepi lebuhraya. Lebih baik lagi, operator Grab tidak memutuskan panggilan sehinggalah beliau berasa selamat. Operator tersebut menawarkan kenderaan Grab yang lain dan mahu membantu membuat laporan polis.

Pengurus Perhubungan Awam Grab Indonesia, Andre Sebastian mengulas mengenai kejadian ini. Grab komited menyediakan perkhidmatan yang selamat untuk semua. Akaun pemandu Grab yang terlibat telah dimatikan dan siasatan sedang dijalankan.

Beliau juga memuji tindakan pantas penumpang Grab yang menggunakan butang “Emergency” dalam situasi tersebut. Tambah beliau, selain butang “Emergency”, Grab juga memiliki fungsi keselamatan lain seperti perkongsian perjalanan (Share My Ride), penyembunyian nombor telefon, dan panggilan VOIP.

Orang ramai dinasihatkan untuk memeriksa fungsi keselamatan yang disediakan agar sentiasa bersedia menggunakannya apabila perlu.

Sumber: Kompas

Tags: Grab
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Butang Emergency di APP bantu penumpang Grab selamatkan diri

Butang Emergency di APP bantu penumpang Grab selamatkan diri

11 February 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN