Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Promosi kasih sayang serendah RM2.14 dari Huawei selama 4 hari

Huawei Malaysia kini mengadakan promosi hebat di bulan Februari bagi meraikan hari berkasih sayang. Selama 4 hari dari 11 hingga 14 Februari, orang ramai boleh mendapatkan diskaun, hadiah percuma dan membeli produk pada jualan kilat dari serendah RM2.14 sahaja.

Huawei juga membawakan banyak produk baru ke Malaysia bulan ini. Antaranya telefon pintar Nova 7i dan Y7p, jam pintar Huawei Watch GT2 (42mm) dengan tali jam baru berwarna rose gold, Matebook D 15 dengan spesifikasi baru, serta telefon pintar Nova 5T dan fon kepala Freebuds 3 dalam warna serba baru.

Promosi kasih sayang Huawei ini dimulakan dengan diskaun melampau untuk dua produk. Huawei Watch GT yang dilancarkan dua tahun lepas, diberi diskaun sebanyak RM370. Manakala telefon pintar Nova 4e pula boleh dibeli lebih murah RM311 dari harga asal.

Untuk pasangan, dapatkan dua produk Huawei pada harga lebih rendah seperti dua unit Band 4 berharga RM168, dua unit Watch GT2 dari serendah RM1,498 bersama hadiah percuma, atau dapatkan dua unit Band 4 percuma dengan membeli dua unit FreeBuds 3 berharga RM1,358.

Orang ramai juga boleh menerima hadiah percuma apabila membeli telefon pintar seperti Mate30 Pro 5G (percuma pengecas kereta wayarles), P30 Pro (percuma fon kepala FreeLace), P30 (percuma Band 4), dan banyak lagi hadiah lain.

Paling menarik dalam promosi kali ini adalah jualan kilat dengan harga terlampau rendah. Tetapi ia dijual dengan unit sangat terhad, bermula pukul 10.08 pagi. Pada 12 Februari, Huawei menawarkan 2 unit Huawei Nova 5T yang boleh dibeli pada harga RM2.14 sahaja. Pada 13 Februari, 2 unit P30 Pro ditawarkan pada harga RM2.14 juga.

Pada 14 Februari, Huawei menawarkan 50 unit SuperCharge Powerbank, 127 unit penimbang berat, 2 unit MediaPad M3 Lite dan 2 unit Mate 30, semuanya pada harga RM2.14 setiap satu.

BACA  Apple, Huawei dan Samsung akan guna paparan 120Hz di siri flagship akan datang

Memang sangat menarik tawaran dari Huawei selama empat hari ini. Huawei turut menambah satu lagi hadiah untuk dimenangi. Pembelian untuk mana-mana produk Huawei terlibat dari 10 hingga 16 Februari, melayakkan pembeli untuk memenangi percutian untuk 2 orang ke Maldives. Sebanyak tiga orang pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah ini.

Jangan terlepas mendapatkan tawaran menarik Huawei ini. Layari laman Jualan Hari Valentine Huawei untuk maklumat lanjut.