Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme C3 di luar India ada lebih banyak kamera

Realme telah melancarkan telefon pintar mampu milik terbaru mereka, Realme C3 di India minggu lepas. Ia dinaik taraf dalam banyak perkara tetapi masih mengekalkan harga yang sama.

Hari ini, Realme mengumumkan Realme C3 akan dilancarkan di Indonesia, pada 19 Februari 2020. Laman mikro berkenaan pelancaran ini telah dibangunkan, tetapi ia menampilkan maklumat yang berbeza dengan Realme C3 yang dilancarkan di India.

Walaupun tidak menjelaskan secara teliti, Realme Indonesia telah menyenaraikan beberapa perkara yang akan ada di Realme C3. Antaranya pemproses lebih canggih (dengan gambar Mediatek), bateri dan skrin lebih besar, bersama tiga kamera belakang. Di India, Realme C3 hanya ada dua kamera belakang.

Selain itu, twitter Realme Indonesia turut berkongsi maklumat pelancaran Realme C3 akan dibuat secara Livestream di media sosial yang boleh ditonton orang ramai. Terdapat tanda pagar #TripleCameraGameMonster yang mengukuhkan lagi adanya tiga kamera di realme C3.

Dalam ciapan di twitter tersebut, ia turut menampilkan gambar seseoarng memegang telefon pintar Realme C3. Gambar tersebut menunjukkan seperti adanya pengimbas capjari di belakang telefon. Satu lagi perkara yang tidak ada di Realme C3 di India.

Adakah telefon pintar Realme C3 di India adalah produk yang berbeza dengan Realme C3 di Indonesia? Memandangkan Indonesia lebih hampir, produk yang dilancarkan di sana lebih besar kemungkinan akan turut dilancarkan di Malaysia.

Realme C3 yang dilancarkan di India memiliki kuasa pemproses Mediatek Helio G70, RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB. Skrinnya berukuran 6.5-inci HD+, dengan dwi kamera belakang 12MP+2MP dan kamera hadapan 5MP. Baterinya sebesar 5,000mAh dan ia tiada pengimbas capjari.

BACA  Jahit sendiri 2,000 hingga 3,000 PPE, dua pereka bantu penuhi keperluan petugas hospital
Realme C3 di India

Melihatkan pada perkakas yang lebih hebat, adakah Realme C3 ini akan berharga lebih mahal dari harga di India? Ini mungkin boleh memberi kesan kepada harga di Malaysia juga. Jadi, Malaysia akan terima versi yang mana? Semoga Realme Malaysia boleh memberi jawapan dengan melancarkannya di sini tidak lama lagi.

Sumber: Realme