• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C3 ditambah kuasa tetapi kekal harga lama

  • OLEH Najib
  • 5:11 pm
  • 07/02/2020
  • Komen
Realme C3 ditambah kuasa tetapi kekal harga lama
Share on FacebookShare on Twitter

Realme mahu meneruskan penguasaan mereka dalam pasaran peranti mampu milik dengan melancarkan Realme C3. Ia merupakan naik taraf dari Realme C2 tetapi mengekalkan harga yang sama rendah.

Banyak perkara telah dikongsi lebih awal dari Realme, tetapi kini kita boleh mengetahui spesifikasi penuh serta harga jualannya. Realme C3 kini dikuasakan oleh cip Mediatek Helio G70, dinyatakan lebih berkuasa dari Snapdragon 439 di Redmi 8. Ia kini datang dalam pilihan RAM 3GB dan storan 32GB atau RAM 4GB dan storan 64GB.



Skrin di Realme C3 juga kini lebih besar, berukuran 6.5-inci dengan lubang kecil titisan air di atas, menempatkan kamera hadapan. Bagaimanapun, resolusinya masih kekal HD+ serta dari jenis LCD. Kacanya pula, dari jenis Corning Gorilla Glass.

Di bahagian kamera, terdapat dua kamera di belakangnya. Kamera utama ialah kamera 12MP F1.8 bersama kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula 5MP F2.4, terletak di dalam takuk kecil di atas skrin.



Bahagian bateri turut diperbesarkan, kini dengan kapasiti 5,000mAh. Tiada pengecasan pantas disokong, masih dengan pengecas 10W melalui sambungan mikro-USB. Terdapat tiga slot kad di Realme C3, membolehkan dua kad sim nano dan kad mikroSD sehingga 256GB digunakan serentak.

Sayangnya, pengimbas capjari masih tidak terdapat pada Realme C3. Tetapi ini adalah telefon pertama Realme datang siap dengan antaramuka Realme UI berasaskan Android 10. Jek audio 3.5mm juga masih terdapat padanya.

Di India, Realme C3 akan mula dijual pada 14 Februari 2020. Menariknya, ia mengekalkan harga yang sama dengan pelancaran Realme C2 seperti berikut:

  • Realme C3 (RAM 3GB + storan 32GB) – INR7,999 (~RM463)
  • Realme C3 (RAM 4GB + storan 64GB) – INR8,999 (~RM521)

Jika harga di India boleh dikekalkan sama, tidak mustahil ia juga boleh mengekalkan harga di Malaysia. Untuk perbandingan, Realme C2 dengan RAM 3GB dan storan 32GB dilancarkan di Malaysia pada harga RM499.

Sumber: Realme

Tags: RealmeRealme C3
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Realme C3 ditambah kuasa tetapi kekal harga lama

Realme C3 ditambah kuasa tetapi kekal harga lama

7 February 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN