Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

COVID-19 dipilih sebagai nama rasmi untuk elak stigma yang tidak wajar

Selaras dengan panduan yang dipersetujui oleh WHO, OIE Animal Health dan FAO, mereka telah bersetuju untuk memberi nama rasmi kepada koronavirus yang pertama kali ditmeui di Wuhan, China kepada COVID-19. Nama ini dipilih selepas mendapati ia tidak merujuk kepada lokasi geografi, nama binatang, nama individu atau kumpulan, serta mudah disebut dan ada kaitan dengan penyaki.

Panduan nama ini dipersetujui untuk memastikan ia tidak memberi pandangan buruk kepada benda selain penyakit seperti tempat pertama ia dikesan dan dari binatang apa ia berasal. Ia juga akan menjadi format standard untuk digunakan di masa akan datang, terang Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros.

COVID-19 pertama kali dikesan di Wuhan, China dan dikatakan berasal dari memakan binatang eksotik seperti kelawar. Sebelum ini ia sering digelar sebagai virus Wuhan dan ini boleh meninggalkan kesan negatif kepada tempat tersebut walaupun ia mungkin telah terhapus di masa akan datang.

Di Malaysia, sehingga hari ini sebanyak 550 ujian pengesahan jangkitan COVID-19 telah dijalankan dan hanya 18 disahkan positif. Dari jumlah ini, 3 orang telah didapati pulis dan bebas dari jangkitan dan dibenarkan pulang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memiliki 18 buah makmal awam di seluruh negara yang menjalankan ujian pengesanan jangkitan COVID-19. Selain itu, KKM juga sedang melatih lima buah makmal yang diuruskan oleh pihak swasta bagi menjalankan ujian pengesanan jankitan COVID-19.

BACA  KKM nasihatkan henti amalam "fist bump" ketika bersosial

Dapatkan maklumat terkini dan telah disahkan benar berkenaan COVID-19 terus dari KKM menerusi media sosial rasmi di Facebook dan Twitter.