• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MWC 2020, perhimpunan pengeluar telefon pintar terbesar dunia dibatalkan untuk elak penyebaran COVID-19

  • OLEH Najib
  • 9:12 am
  • 13/02/2020
  • Komen
MWC 2020, perhimpunan pengeluar telefon pintar terbesar dunia dibatalkan untuk elak penyebaran COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak penganjur acara Mobile World Congress (MWC) 2020, GSM Association (GSMA) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi membatalkan perhimpunan pengeluar telefon pintar dan rangkaian mudah alih terbesar dunia. Ia dibuat untuk memastikan keselataman dan mengekalkan persekitaran sihat di Barcelona, di samping mengelakkan penyebaran wabak COVID-19 apabila pengunjung dari seluruh dunia datang tertumpu di satu kawasan.

Langkah ini juga dilihat terpaksa diambil oleh GSMA selepas banyak peserta menarik diri dari MWC 2020 atas alasan keselamatan pekerja dan petugas mereka. LG antara yang terawal mengumumkan penarikan diri, diikuti oleh ZTE yang membatalkan acara bersama media tetapi masih mengekalkan reruai pameran mereka.



Lebih banyak syarikat besar kemudian menyatakan membatalkan penyertaan mereka di MWC, antaranya Sony, Ericsson dan Nvidia. Tetapi lebih banyak nama besar industri membuat pengumuman penarikan diri semalam, iaitu Intel, Vivo, HMD Global, Nokia dan Cisco.

Walaupun MWC 2020 diadakan dari 24 hingga 27 Februari 2020, beberapa pengeluar telefon pintar mengadakan majlis pelancaran peranti baru mereka di luar pameran, sebelum MWC 2020 bermula. Xiaomi akan melancarkan Mi 10 di Barcelona pada 23 Februari 2020. Oppo pula mahu memperkenal Find X2 juga di Barcelona, pada 22 Februari 2020. Buat masa ini, kedua-dua pengeluar ini masih belum mengeluarkan kenyataan balas dari pembatalan MWC 2020 oleh GSMA.



WHO has published key considerations for repatriation and quarantine of travellers in relation to #COVID19 https://t.co/VSbTX2QRsd

WHO Situation Report 12 February 2020 https://t.co/Z65V69JD3a pic.twitter.com/4Rw0q2ph8a

— World Health Organization (WHO) (@WHO) February 12, 2020

Sehingga 12 Februari 2020, sebanyak 24 negara selain China telah melaporkan kes positif COVID-19. Sebanyak 1,114 kematian dicatatkan tetapi ia hanya terjadi di China. Masih tiada kematian dilaporkan di luar China. Bagaimanapun, jumlah pesakit baru COVID-19 dilihat menurun di China, memberi petunjuk ia mungkin telah mencapai tahap puncak penyebaran.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memastikan kebersihan diri seperti membasuh tangan dan tidak memakan makanan yang tidak dimasak. Jangan batuk dan bersin di khalayak ramai dan pakai topeng muka untuk mengelakkan dari batuk dan bersin tersebar ke ruang persekitaran.

Sumber: GSMA

Tags: GSMAMWC 2020
Najib

Najib

POPULAR

MWC 2020, perhimpunan pengeluar telefon pintar terbesar dunia dibatalkan untuk elak penyebaran COVID-19

MWC 2020, perhimpunan pengeluar telefon pintar terbesar dunia dibatalkan untuk elak penyebaran COVID-19

13 February 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN