• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 10 berkuasa Snapdragon 865 akan datang bulan ini

  • OLEH Najib
  • 12:38 pm
  • 10/02/2020
  • Komen
Mi 10 berkuasa Snapdragon 865 akan datang bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Qualcomm melancarkan cip Snapdragon 865 tahun lepas, salah satu jenama yang mengesahkan akan menggunakannya ialah Xiaomi. Telefon pintar Xiaomi yang akan menggunakan cip Snapdragon 865 ini ialah Mi 10.

Xiaomi kini mengumumkan akan melancarkan telefon pintar Mi 10 pada 23 Februari 2020 di Barcelona, Sepanyol. Pelancaran ini diadakan semasa pameran MWC 2020 yang akan diadakan pada lokasi yang sama, bermula dari 24 Februari 2020.



Mi 10 akan dikuasakan cip Snapdragon 865 bersama sokongan rangkaian 5G dwi-mod. Masih tiada maklumat rasmi lain berkenaan telefon ini tetapi sudah ada berita terbocor yang berkongsi info berkenaannya.

Dari gambaran yang tersebar di weibo sebelum ini, ia menunjukkan model Mi 10 Pro 5G yang kelihatan sangat mirip dengan Mi Note 10. Ia memiliki empat kamera belakang menegak di sebelah kiri, dengan kamera utamanya 108MP.



Di hadapan pula, skrinnya melengkung di sisi dan terdapat lubang di atas skrin, tempat kamera hadapan diletakkan. Selain itu, telefon ini akan datang dengan pengecas pantas 65W.

Dalam satu berita lain, satu poster berkenaan Mi 10 juga telah tersebar. Selain kuasa Snapdragon 865, poster ini turut menyatakan Mi 10 akan memiliki zum hibrid 50x dan sokongan rakaman video 8K.

Tahun lepas, Mi 9 telah dilancarkan di Malaysia pada harga di bawah RM2,000 bersama kuasa Snapdragon 855. Adakah Xiaomi boleh mengekalkan tanda harga di bawah RM2,000 bersama ciri-ciri baru seperti sokongan 5G?

Kami akan berada di Barcelona untuk menyertai pameran Mobile World Congress pada hujung bulan ini. Nantikan laporan kami terus dari sana.

Sumber: Xiaomi, Xiaomishka

Tags: 5gxiaomiXiaomi Mi 10
Najib

Najib

POPULAR

Mi 10 berkuasa Snapdragon 865 akan datang bulan ini

Mi 10 berkuasa Snapdragon 865 akan datang bulan ini

10 February 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN