Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Gambaran ini dedah banyak maklumat berkenaan Mi 10 Pro 5G

Xiaomi dijangka akan melancarkan telefon pintar baru pada bulan Februari nanti. Ia dikatakan adalah siri Mi 10 bagi menggantikan Mi 9 yang telah dilancarkan hampir setahun yang lalu. Kini satu berita yang memaparkan rupa bentuk telefon tersebut telah tersebar di alam maya, memberikan beberapa maklumat penting.

Gambar berkenaan Mi 10 Pro 5G yang berasal dari weibo, telah pun dihapuskan dari sumber asalnya. Tetapi ia telah pun tersimpan di khazanah alam maya. Jadi kita boleh memeriksa gambar tersebut dengan lebih teliti.

Secara kasar, rupa telefon ini sangat mirip dengan Mi Note 10. Ia ada 4 kamera belakang yang tersusun menegak di sebelah kiri, dengan satu dari kamera tersebut terletak di luar kumpulan 3 kamera lain. Di hadapan pula, skrinnya melengkung di sisi dan terdapat lubang di atas skrin, tempat kamera hadapan diletakkan.

Di bawah pula, terdapat dulang kad sim, port USB-C dan jeriji pembesar suara. Untuk di atas, ada satu benda yang sangat ketara kelihatan iaitu jeriji pembesar suara. Ini mungkin bermakna ia akan memiliki pembesar suara stereo tetapi menembak ke tepi, bukan ke muka pengguna. Ia masih lebih baik dari pembesar suara mono.

Satu perkara bonus di dalam koleksi gambar ini ialah kepala pengecasnya. Ia memiliki label 645W! Jika benar, ini adalah pengecas paling berkuasa akan ada di peranti Xiaomi. Pasti ia juga akan menyokong pengecasan wayarles pantas, seperti di Mi 9.

Dari laporan tersebut, tiada sebarang maklumat berkenaan spesifikasi dalaman telefon ini. Tetapi dijangka ia akan dibekalkan dengan prestasi tertinggi seperti pemproses Snapdragon 865.

Xiaomi mungkin akan melancarkan siri Mi 10 pada 11 Februari 2020, tarikh yang sama dengan Samsung Unpacked di mana mereka akan melancarkan siri Galaxy S20 dan satu lagi telefon pintar dengan skrin boleh lipat

BACA  Pelancaran Mi 10T di Malaysia akan diadakan pada 6 Oktober

Adakah Xiaomi akan berjaya menarik perhatian ramai berbanding Samsung kelak? Kita tunggu dan lihat.

Sumber: Playful Droid