Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hanya RM68 untuk Internet Tanpa Had dan Tiada Sekatan Kelajuan di U Mobile

U Mobile sering menggegarkan dunia talian mudahalih di Malaysia dengan pelan-pelan yang giler murah harganya. Sebelum ini mereka telah memperkenalkan pelan internet tanpa had dengan sekatan kelajuan serendah RM30/bulan, kini internet tanpa had tanpa sekatan kelajuan boleh dilanggan dari serendah RM68/bulan, atau hanya RM58/bulan dalam promosi masa terhad.

Pelan GX68 kini diperkenalkan oleh U Mobile, berkadar RM68/bulan. Ia menyediakan internet tanpa had dengan kelajuan yang tidak disekat. Berbeza dengan pelan GX50, di mana ia memberi internet tanpa had tetapi kelajuan disekat kepada 5Mbps.

Selain itu, pelan ini turut memberikan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Untuk berkongsi data pula, ia dihadkan kepada 5GB sahaja. Jika tidak mencukupi, data hotspot boleh ditambah dengan bayaran RM3, yang memberikan 3GB data hotspot yang boleh digunakan dalam masa 3 hari. Bagaimanapun, pengguna masih boleh berkongsi data hotspot selepas kehabisan kuota, dengan kelajuan disekat.

Dalam ruang Syarat dan Terma (T&C), ia menjelaskan kelajuan menstrim video dihadkan kepada definisi standard (SD), bukan definisi tinggi (HD). Manakala internet Peer-2-Peer (P2P) pula disekat kepada 64Kbps.

Untuk masa terhad, U Mobile menawarkan pelan GX68 ini pada kadar diskaun RM58/bulan. Ia diberikan untuk pelanggan terawal dan akan kekal selamanya, selagi mana pelanggan tidak bertukar pelan. Menurut U Mobile, tawaran ini adalah untuk masa terhad tetapi tidak menyatakan bilakah tarikh akhirnya.

Sedikit sebanyak, pelan GX68 ini agak serupa dengan pelan U Mobile Unlimited Hero P99. Pelan ini turut memberikan internet tanpa had, kelajuan tidak disekat dan strim video SD. Tetapi pelan Hero P99 menyediakan kuota hotspot 30GB serta Roam-Onz yang memberikan 3GB data perayauan di 12 negara. Ia juga menyediakan talian tambahan berharga RM20/bulan.

BACA  Promosi Xiaomi 6.18 ada Poco F2 Pro di bawah RM2000

Dengan pelan GX68, U Mobile sekali lagi cuba merosakkan pasaran talian internet mudah alih dengan menyediakan internet berkelajuan tinggi pada harga yang sangat rendah. Pelan lain yang turut menawarkan internet berkelajuan tinggi tanpa had kuota ialah Digi Infinite 150 (RM150/bulan) dan Unifi Mobile 99 (RM99/bulan). Tetapi Unifi Mobile 99 kini ditawarkan pada harga promosi RM59/bulan dengan kontrak selama 12 bulan.