• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Versi baru Oppo Reno 3 Pro akan datang dengan kamera hadapan 44MP dwi-lubang

  • OLEH Najib
  • 6:28 pm
  • 17/02/2020
  • Komen
Versi baru Oppo Reno 3 Pro akan datang dengan kamera hadapan 44MP dwi-lubang
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah mengumumkan pelancaran telefon pintar Reno 3 Pro di India pada 2 Mac 2020, pertama untuk pasaran di luar China. Bagaimanapun, ia menampilkan rupa yang berbeza dengan Reno 3 Pro yang telah dilancarkan di China pada bulan Disember tahun lepas.

Satu perkara yang sama adalah tiada lagi penggunaan sirip jerung untuk kamera hadapan. Perbezaanya, Reno 3 Pro di India dipasang dua kamera hadapan di dalam lubang di skrin, berbanding hanya 1 kamera di model Reno 3 Pro di China. Malah, ia menggunakan kamera 44MP berbanding 32MP di China.



Secara teknikal, ia bukanlah resolusi tertinggi kamera hadapan kerana ASUS Zenfone 6 memiliki kamera hadapan 48MP, tetapi ia sebenarnya adalah kamera belakang yang boleh berputar 180-darjah ke hadapan, dan ke belakang semula.

Oppo India turut berkongsi video petunjuk berkenaan Reno 3 Pro di mana ia boleh dilihat, memiliki rupa belakang yang sama dengan model di China. Telefon ini memiliki empat kamera belakang yang disusun menegak di bahagian tepi.



https://youtu.be/ohiZiyvpZPo

Tiada maklumat rasmi lain yang dikongsikan tetapi berdasarkan berita terbocor dari 91Mobiles, Reno 3 Pro akan datang dengan kamera utama 64MP yang berupaya mengezum sehingga 20x. Ia akan dibekalkan RAM 8GB dan storan 128GB bersama pengecasan pantas Oppo VOOC Flash Charge 4.0 30W.

Untuk perbandingan, Reno 3 Pro yang dilancarkan di China datang dengan skrin OLED 6.5-inci HD Penuh bersaam resfresh rate 90hz. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 765G dengan sokongan 5G dwi-mod SA+NSA.

Hanya ada satu kamera di hadapan, 32MP di dalam lubang di skrin dengan empat kamera belakang yang menampilkan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera telefoto 13MP berkeupayaan 5x zum hibrid dan kamera monokrom 2MP.

Oppo Reno 3 di China

Walaupun India adalah negara pertama menjual Reno 3 Pro di luar China, masih tidak dapat dipastikan sama ada negara lain akan menerima Reno 3 Pro versi China atau versi India. Memandangkan Malaysia masih belum mengaktifkan rangkaian 5G, mungkin versi 4G akan dilancarkan di sini terlebih dahulu. Bagaiamanapun, Oppo Malaysia telah mendaftarkan dua telefon pintar 5G di Malaysia, Oppo Reno 5G dan Find x2 Pro yang masih belum mula dijual di Malaysia.

Sumber: GSMArena, 91Mobiles

Tags: oppoOppo Reno 3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Versi baru Oppo Reno 3 Pro akan datang dengan kamera hadapan 44MP dwi-lubang

Versi baru Oppo Reno 3 Pro akan datang dengan kamera hadapan 44MP dwi-lubang

17 February 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER