Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Perbandingan Kamera: Samsung Galaxy S10 Lite vs. iPhone 11

Artikel ini lebih sesuai dibaca menerusi Browser

Samsung Galaxy S10 Lite ialah ahli terbaru dalam keluarga Galaxy S 2019 meskipun ia dilancarkan dalam bulan Januari 2020. Galaxy S10 Lite, dia menyertai Galaxy S10+, dan S10 untuk jadikan tiga bersaudara semuanya.

Daripada segi spesifikasi, ia ada specs setara flagship 2019. Snapdragon 855 adalah yang bertanggungjawab mendukung fungsi pengkomputeran padanya sambil dibantu RAM 8GB.

Di Malaysia, Galaxy S10 Lite dijual pada harga RM2,699 (storan 128GB).

iPhone 11 ialah salah satu daripada tiga model yang dilancarkan Apple dalam bulan September 2019. Ia model yang termurah dengan tanda harga bermula RM3,399 untuk varian 64GB.

Di jabatan pengimejan, jika merujuk pada helaian spesifikasi, Galaxy S10 Lite kelihatan ada komponen kamera yang lebih mantap berbanding iPhone 11.

Dilengkapi trikamera belakang, salah satu daripadanya diperkasa sensor 48MP. Dua baki kamera ialah kamera 12MP (ultralebar) dan 5MP (makro). Paling mencuri tumpuan ialah kamera selfie yang menggayakan sensor 32MP.

iPhone ialah iPhone. Mereka tak pernah ada kamera lebih 12MP sejak sekian lama. Sungguhpun begitu, setiap kali iPhone baru dilancarkan, mereka tak pernah gagal duduki tangga 10 teratas DxOMark.

Ia menunjukkan yang algoritma pemprosesan imej yang digunakan Apple adalah sangat cekap.

Seperti biasa, kita ada beberapa kategori untuk perbandingan kamera. Antaranya adalah:

  1. Zum
  2. Selfie
  3. Selfie + Potret
  4. Potret
  5. Keadaan Malap

Zum

Kedua-dua kamera tidak miliki kamera telefoto sebaliknya hanya ada kamera ultralebar dan kamera sudut pandang biasa. Jadi, sebarang pengezuman melebihi 1x dibuat secara digital.

Untuk lensa ultralebar, Galaxy S10 Lite menunjukkan sudut pandang yang lebih luas barbanding iPhone. Ia diterjemahkan kepada lebih banyak subjek boleh dimuatkan.

BACA  Jangan Lepaskan Peluang Untuk Dapatkan Telefon Samsung Paling Berbaloi Bawah RM800 Ini

Untuk kamera biasa, sudut pandang mereka hampir serupa.

Di bahagian zum maksimum, Galaxy S10 Lite didapati membenarkan pengezuman sehingga 8x manakala iPhone 11 5x. Kualiti gambar zum daripada peranti Smasung nampak lebih elok berkemungkinan besar disebabkan sensor 48MP yang dimilikinya.

Selfie

Samsung, atas helaian spesifikasi, ada kamera jauh lebih berkuasa iaitu 32MP berbanding kamera 12MP pada iPhone 11. Tapi sehingga sekarang, tiada siapa mampu melawan iPhone pada bahagian selfie termasuklah dalam perbandingan kali ini.

Subjek terlalu di-beautify-kan dalam hasil Galaxy S10 Lite hinggakan nampak fake. iPhone, seperti biasa cemerlang dalam warna kulit dan penghasilkan tekstur kulit.

Ada juga fungsi bokeh untuk selfie. Kedua-dua telefon berjaya asingkan subjek daripada latar. Tapi kesan bokeh iPhone lebih nyata dan hampir pada keadaan sebenar.

Lihat pada kesan bokeh yang nampak nyata pada gambar yang telah di-crop ini.

Potret

Kedua-dua kamera hasilkan gambar potret 12MP walaupun Samsung ada kamera 48MP. Ia sudah tentu berpunca daripada teknologi Tetracell yang mencantumkan 4 piksel menjadi 1.

Ada satu masalah ketara bila anda ingin ambil potret menggunakan mana-mana telefon ini. Ketiadaan kamera berjarak fokal panjang jadikan subjek nampak bulan terutama pada bahagian hidung disebabkan terpaksa guna kamera dengan jarak fokal yang tak sesuai.

Algortima pengasingan subjek daripada latar iPhone sedikit longgar kerana ada bahagian rambut yang di-bokeh-kannya yang menunjukkan “kemalasan”. Tapi hasil gambar iPhone adalah lebih baik terutama pada bahagian tona dan tekstur kulit.

Makro

Dalam kategori makro, hanya Galaxy S10 Lite dilengkapi kamera khas untuk gambar berjarak dekat. Tapi, saya rasakan ia gimik semata-mata.

Apabila ambil gambar makro, imej yang terhasil adalah imej 5MP. Memang nampak unik kerana anda boleh fokuskan pada subjek yang sangat hampir dengna lensa.

BACA  Basmi bakteria di telefon pintar secara percuma di Pusat Khidmat Samsung

Tapi kesan yang sama boleh diperoleh daripada iPhone 11. Di iPhone, saya ambil gambar subjek yang serupa pada jarak fokus paling minimum. Disebabkan iPhone 11 hasilkan gambar 12MP, saya boleh “zum” masuk secara digital untuk gambar hampir serupa dengan Galaxy S10 Lite.

Keadaan Malap

Kedua-dua telefon ada fungsi malam yang tersendiri. Kelebihan mengambil gambar menggunakan nightmode adalah keperluan tripod telah dikurangkan yang bermakna anda boleh ambil gambar yang tajam dan cerah secara handheld.

Ia dimungkinkan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) untuk membasmi gambar kabur menggunakan cara menganalisis data pergerakkan daripada sensor giroskop.

Nigtmode OFF

Gambar ini diambil dalam keadaan yang sangat gelap. Tapi telefon masih mampu merakam butiran penting taman permainan ini. Daripada segi warna, Galaxy S10 Lite berjaya merekodkan warna lebih baik berbanding iPhone 11.

Ketajaman juga boleh dilihat lebih tinggi daripada iPhone, tapi ini bukanlah penentu sebab tripod tidak digunakan dan elemen gegaran tangan tetap ada dan tidak malar antara kedua gambar ini.

Nightmode ON

Apabila Nightmode dihidupkan, barulah iPhone seakan bernyawa semula. Butiran gambar lebih baik boleh dilihat berbanding ketika fungsi malam tidak diaktifkan. Kualiti gambar antara telefon pula dilihat agak sama kecuali pada bahagian white balance.

Samsung miliki profil warna lebih sejuk makala profil suam dipertontonkan oleh iPhone 11.

Nightmode OFF

Nightmode ON

Rumusan

Saya dapati yang kualiti gambar yang terhasil antara kedua telefon ini tak signifikan perbezaannya.

iPhone seperti biasa, cemerlang dalam bahagian white balance dan potret manakala Samsung ada kelebihan pada kamera 48MP yang menjanjikan gambar lebih tajam.

Kedua-duanya tiada kamera telefoto yang jadikan subjek dalam potret lebih bulat dan tak seimbang. Algoritma simulasi bokeh kedua-dua telefon baik cuma ada sedikit longgar pada bahagian rambut seperti boleh dilihat pada sampel iPhone 11.

BACA  COVID-19: Cabaran terbesar yang Malaysia perlu hadapi

Begitu juga dengan gambar dalam keadaan malap. Perbezaan kualiti tidaklah begitu ketara. Mereka ada fungsi night mode tersendiri dan berfungsi dengan jayanya.

Sungguhpun perbezaan kualiti gambar tak jauh sangat beza, perbezaan harga antara mereka agak luas. Untuk RM2,699 anda beroleh S10 Lite dengan storan 128GB, bateri besar, serta pengecasan pantas.

Dibandingkan dengan iPhone 11, dengan perbezaan RM700 anda hanya beroleh storan 64GB saja dan lebih parah, storannya tidak boleh diperluas.

Apa pendapat anda tentang perbandingan ini?