• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiket Malaysia Airlines lebih murah ke India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan ASEAN dengan pengenalan pakej Lite

  • OLEH Najib
  • 2:40 pm
  • 18/02/2020
  • Komen
Tiket Malaysia Airlines lebih murah ke India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan ASEAN dengan pengenalan pakej Lite
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi membolehkan lebih ramai orang menikmati penerbangan bersama Malaysia Airlines, mereka kini meluaskan kelas tiket Lite, untuk penerbangan dari/ke India, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh dan negara-negara ASEAN. Ia menawarkan harga yang lebih murah kerana tidak lagi disertakan dengan bagasi daftar masuk.

Malaysia Airlines pertama kali memperkenalkan kelas tiket Lite tahun lepas, untuk penerbangan domestik sahaja. Ia masih memberikan penumpang kemudahan seperti bagasi kabin sehingga 7kg, makanan dan minuman serta hiburan dalam penerbangan. Sedikit sebanyak, ia meniru model pembelian tiket yang digunakan oleh AirAsia selama ini. Tiket penerbangan tanpa bagasi daftar masuk.



Tiket penerbangan kelas Lite ini sesuai untuk mereka yang membuat perjalanan pendak tanpa bagasi daftar masuk seperti bekerja di luar negara untuk tmepoh singkat. Tetapi ia tidak lagi menyediakan kemudahan seperti naik taraf kelas menggunakan Enrich Miles, pemilihan tempat duduk, pertukaran masa penerbangan dan beberapa perkara lain.

Jika anda perlukan bagasi daftar masuk, tiket kelas Basic membenarkan bagasi sehingga 20kg berat manakala tiket kelas Flex memberikan 30kg bagasi daftar masuk. Tiket kelas Flex memberikan lebih banyak kemudahan kepada penumpang seperti pertukaran masa penerbangan, bergantung kepada kesediaan tempat duduk. Ia turut memberikan penumpang pemulangan harga tiket dengan sedikit bayaran.



  • Kuala Lumpur ke Jakarta
  • Kuala Lumpur ke Delhi
  • Kuala Lumpur ke Dhaka

Kami memeriksa penerbangan ke beberapa destinasi yang kini menawarkan tiket kelas Lite untuk bulan Mac 2020. Kesemuanya menunjukkan perbezaan harga dari Lite ke Basic (dengan bagasi daftar masuk 20kg) hanyalah RM20. Manakala perbezaan dari Lite ke Flex pula cuma RM120 (dengan bagasi daftar masuk 35kg). Bagaimanapun, perbezaan harga ini mungkin berubah bergantung kepada tarikh dan kesediaan tempat duduk.

Manakala untuk destinasi antarabangsa yang lain, tiket kelas termurah masih kekal dengan Economy Promo yang memberikan pengguna bagasi daftar masuk 20kg dan pertukaran masa penerbangan dengan sedikit bayaran.

  • Kuala Lumpur ke Tokyo
  • Kuala Lumpur ke London

Jadi, jika anda menempah penerbangan Malaysia Airlines ke destinasi yang diumumkan tadi, sila semak sama ada anda menerima bagasi daftar masuk atau tidak. Kalau tidak dan perlukannya, jangan lupa untuk menukar kelas tiket anda.

Tiket penerbangan kelas Lite ditawarkan dari/ke India, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh dan negara-negara ASEAN bermula 18 Februari 2020. Sebarang tempahan yang dibuat sebelum tarikh ini, tidak akan terkesan dan berubah dari pengenalan kelas tiket baru ini.

Sumber: Malaysia Airlines

Tags: Malaysia Airlines
Najib

Najib

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Tiket Malaysia Airlines lebih murah ke India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan ASEAN dengan pengenalan pakej Lite

Tiket Malaysia Airlines lebih murah ke India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan ASEAN dengan pengenalan pakej Lite

18 Februari 2020
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER